Dikemaskini: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort didiami keluarga gadis Ireland yang hilang pada 4 Ogos lalu, adalah milik Nora Anne Quoirin.
Susulan kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin di Seremban, satu mayat ditemui dalam hutan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayat itu.
“Saya boleh sahkan penemuan satu mayat berdekatan Gunung Berembum. Lokasi itu sukar untuk dimasuki,” katanya. Terbaharu, pihak polis mengesahkan mayat yang ditemui merupakan perempuan berkulit putih dalam keadaan sempurna, hanya dua kilometer dari lokasi keluarga gadis tersebut menginap. "Ketika ini pasukan Forensik dan Jabatan Patologi sedang membuat pengesahan mayat itu milik Nora Anne Quoirin ataupun sebaliknya," katanya lagi. - CARI |
rosli_nurizzati: kalau baca twitter acik bawang kokesen, byk dok salahkan parents dia, sbb depa heran, pi bercuti, tapi masuk malaysia, asing2, pastu family dia kata a ...
ADVERTISEMENT