CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Wanita Islam Uighur Dimandulkan Di Kem Tahanan China, Kata Bekas Tahanan

12-9-2019 01:00 PM| Diterbitkan: avidgunner| Dilihat: 4181| Komen: 16|Original author: avid


Perkataan 'kejam' tidak cukup untuk menggambarkan kezaliman kerajaan China terhadap etnik minoriti Uighur beragama Islam yang ditahan dalam kem tahanan rahsia di kawasan barat Xinjiang. 

Dalam pendedahan terbaru yang dibuat oleh seorang bekas tahanan kem tersebut, Gulbahar Jalilova; kerajaan China aktif memandulkan tahanan wanita di situ.

"Dari semasa ke semasa, kami akan disuruh untuk mengeluarkan tangan melalui lubang kecil di pintu bilik tahanan. Kemudian kami disuntik dengan sesuatu. Kami sedar kami tak dapat haid lagi selepas disuntik dengan bahan tersebut," terang Jalilova kepada jemaah Congressional-Executive Commission on China. Congressional-Executive Commission on China merupakan sebuah agensi bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk memantau perkembangan aktiviti hak asasi manusia dan undang-undang China.


Gulbahar Jalilova ditahan selama 1 tahun 3 bulan di kem tahanan China yang menempatkan warga Islam Uighur. Wanita berusia 54 tahun itu mendedahkan kem tahanan tersebut mempunyai banyak bilik berukuran 200 kaki persegi - yang menempatkan sehingga 50 tahanan pada satu-satu masa.

"Kami diperlakukan seperti binatang," kata Jalilova lagi. Menurut laporan Amnesty International, kem-kem tahanan orang Islam Uighur yang dibina dan diurus oleh kerajaan China ini menyerupai kem-kem tahanan Perang Dunia Kedua (merujuk kepada kem tahanan tentera Nazi). Tahanan di sana hanya diberi makan sebanyak 600kcal sehari. Setiap hari mereka diseksa, dipukul, diberi renjatan elektrik, dipaksa makan babi, menghadiri kelas politik dan menyanyi lagu propaganda.

Kerajaan China bagaimanapun menafikan laporan Amnesty International ini. Menurut mereka, kem tersebut merupakan 'sekolah asrama' yang bertujuan memberikan latihan vokasional kepada etnik Islam Uighur. China turut melabel semua berita dan laporan tentang kem tahanan mereka sebagai 'berita palsu'.


Gulbahar Jalilova kini tinggal di Amerika Syarikat selepas mendapat suaka politik di sana. 

Apa yang menyedihkan tentang berita ini adalah ketika China sedang melakukan genosid ini, seluruh dunia hanya mampu memerhatikan sahaja.

Untuk pengetahuan anda, amalan memandulkan tahanan termasuk dalam kategori genosid berdasarkan Genocide Convention yang mendefinisikan genosid sebagai:

1. Pembunuhan ahli sesuatu kumpulan
2. Mencederakan tubuh badan dan mental ahli sesuatu kumpulan
3. Dengan sengaja membuat kehancuran fizikal untuk mengancam kehidupan sesuatu kumpulan
4. Memperkenalkan langkah-langkah yang menghalang kelahiran baru dalam sesuatu kumpulan
5. Memindahkan kanak-kanak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain secara paksa.

Sebanyak 150 negara sudah menandatangani dan meratifikasi Genocide Convention sejak diperkenalkan pada tahun 1951. China adalah salah satu negara tersebut. - CARI 

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • BoLaKu

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-9-2019 01:04 PM
Ni la kerajaan kebangga kiasu @Asdan
Quote Cable 12-9-2019 01:05 PM
Kurex replied at 12-9-2019 05:04 AM
Ni la kerajaan kebangga kiasu @Asdan

aku nikahkan dikau kurex dngn pairoparia dngn mas kahwinnya sebotol ky jelly tunai..sah?
Quote Kurex 12-9-2019 01:40 PM
Cable replied at 12-9-2019 01:05 PM
aku nikahkan dikau kurex dngn pairoparia dngn mas kahwinnya sebotol ky jelly tunai..sah?

Kau lak kapel dgn dess
Quote umbut 12-9-2019 01:43 PM
Islam kat china, islam kat india ditindas..
Yg puak tu kat sini kata kita tindas.. Tapi kaya raya
Quote misuke 12-9-2019 01:46 PM
Ya  Allah.. selamatkan sedara islam kami di Uighur dan serata dunia yang sedang dizalimi
Quote Cpkay 12-9-2019 02:27 PM
misuke replied at 12-9-2019 01:46 PM
Ya  Allah.. selamatkan sedara islam kami di Uighur dan serata dunia yang sedang dizalimi

Amin YRA. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan umat islam sedunia
Quote Itzy 12-9-2019 02:54 PM
Kurex: Ni la kerajaan kebangga kiasu  @Asdan

Betul tu kerajaan kafir memang kejam. Kalau bunuh muslim atau hapus etnik serah paka pada kerajaan2 kafir seluruh donia kebanggaan kiasu2 chola malaysia.  Berdasarkan history dan berita yg dok masuk newspaper contoh kerajaan kafir yg masih wujud dan kejam menolak dan hapuskan etnik sesuatu agama terutamanya penindasan terhadap umat islam ialah kerajaan kafir china, kafir myanmar yg disokong kerajaan kafir thai, kafir zionist yahudi di palestin, kafir russia di bosnia dan chehnya, kafir india di kashmir etc. Kerajaan kafir no.1 paling teruk dan ketua segala pengganas ialah kerajaan kafir amerika syarikat aka kafir usa menjajah dan membunuh umat islam di afghanistan iraq. Menghasut arab saudi agar tak beri bantuan kepada palestin. Kerajaan kafir sepanyol pula zaman dulu2 paksa umat islam filipina masuk kristian kalau tidak convert mereka diseksa atau dibunuh. Sebab tu sekarang mereka berjaya memurtadkan hampir keseluruhan filipina. Ada banyak lagu sebenarnya...tapi setakat ni hanya umat islamnyang dilabel sebagai pengganas dan kejam. Sedangkan dalang di sebalik keganasan ni adalah kerajaan campuran zionist amerika Usa celaka. Berpura2 menjadi polis negara. Sekarang peranan mereka cuba diambil alih oleh negara manusia paling ramai membiak biak cam babi(lepas biak buang anak dalam gaung sebab polisi satu atau dua anak shj) iaitu kerajaan kafir si mata sepet komunis mao. Tapi umat kafir seluruh dubia lebih senang dan gembira melabel umat islam sebagai jahat pengganas dan kejam menindas umat kafir sedangkan hakikatmya merekalah yang jahat dan kejam bertindak tanduk seperti syaitan bertopengkan manusia {:smile
Quote Itzy 12-9-2019 02:55 PM
misuke: Ya  Allah.. selamatkan sedara islam kami di Uighur dan serata dunia yang sedang dizalimi

Aamiin ya rabbal alamin.
Quote Itzy 12-9-2019 03:02 PM
umbut: Islam kat china, islam kat india ditindas..Yg puak tu kat sini kata kita tindas.. Tapi kaya raya


Kebanyakan puak kafir di malaysia ni muka manis tapi dalamnhati hanya Allah saja tahu agenda dan niat tersembunyi mereka. No wonder la Allah dah pesan siap2 dalam Al quran tentang niat jahat mereka dan supaya umat islam berhati2 sebab Allah tahu umat kafir sampai kiamay takkan pernah senang hati dengan umat islam selagi umat islam tak ikut jejak langkah mereka masuk dalam lobang neraka. Kira cam sikap syaitan gak la. Tapi umat islam malaysia ni nak jadi cam umat islam indonesia konon demi perpaduan sanggup bergelumang dosa taik kafir. Bangga jadi liberal berkawan dengan kafir sampai sanggup hina umat islam pendakwah islam sendiri. Kononnya nak bela kaum teraniaya padahal tak sedar kafir2 ni senyap2 dok boikot dan hina melayu dan islam dalam bahasa mereka.
Quote Dwdrum 12-9-2019 03:43 PM
Itzy replied at 11-9-2019 10:54 PM
Betul tu kerajaan kafir memang kejam. Kalau bunuh muslim atau hapus etnik serah paka pada kerajaan ...

usa polis negara ? ... hahahahaha
Quote mata.kail 12-9-2019 05:45 PM
Janganlah pupuskan bangsa uighur..lawa2

gulinazar, dilraba dan lain2 cantik  berlakon
Quote Gomea 12-9-2019 09:40 PM
misuke replied at 12-9-2019 01:46 PM
Ya  Allah.. selamatkan sedara islam kami di Uighur dan serata dunia yang sedang dizalimi

Amin.........
Quote bezita60 12-9-2019 09:48 PM
Betullah yahudi kuning
Quote Redskins 12-9-2019 11:54 PM
Inilah nasib org2 Islam kalo dibawah pemerintahan Negara Kaper

Baik diChina, di India, di Myanmar mahupon kebanyakan negara2 Kaper
yg lain akan menzalimi org2 Islam.


Itu pong Kaper2 minoriti di Mesia masih tak sedar dek untung
pangai cam kaduk naik junjung..
Quote Intanterpilih09 14-9-2019 07:07 AM
misuke replied at 12-9-2019 01:46 PM
Ya  Allah.. selamatkan sedara islam kami di Uighur dan serata dunia yang sedang dizalimi

Aamiin yra  
Quote Remyda 14-9-2019 08:39 AM
Asdan tadak nak tumpang tanya kat tered ini ka ?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.231970 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top