CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Priyanka Chopra Teruk Dikecam Sokong Perang Nuklear Antara India, Pakistan

14-8-2019 10:20 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4301| Komen: 12|Original author: Oleh: intan

Priyanka Chopra, isteri kepada penyanyi Nick Jonas kini dihentam hebat oleh media gara-gara pendiriannya yang seolah-olah 'bersetuju' dengan peperangan di antara India dan Pakistan.



Baru-baru ini, Priyanka menghadiri sebuah majlis anjuran BeautiCon di Los Angeles. Ketika sesi soal jawab, Priyanka disoal seorang gadis Pakistan mengenai pendiriannya tentang peperangan yang berlaku antara India dan Pakistan.



Gadis yang dikenali sebagai Ayesha Malik itu mendekati mikrofon dan melabel Priyanka sebagai 'Hipokrit' kerana menyokong perang nuklear terhadap Pakistan. 

"Jadi, saya berasa sangat terkilan ketika mendengar kamu (Priyanka) bercakap mengenai kemanusiaan kerana saya sebagai jiran kamu (seorang Pakistan), tahu anda sebenarnya seorang yang hipokrit.

"Anda (Priyanka) adalah duta UNICEF untuk keamanan, tetapi anda menyokong peperangan nuklear antara India dan Pakistan. Peperangan ini sebenarnya tiada memihak kepada sesiapa pun," kata Ayesha Malik.

Video berkenaan tersebar meluas di Twitter dan mendapat tumpuan orang ramai berkenaan isu ini.  



Ini merupakan tindak balas netizen apabile Priyanka Chopra telah membuat kicauan di Twitter dengan menulis Jai Hind bermaksud 'Kemenangan untuk India' dan membuat tanda pagar #IndianArmedForces. 



Kicauan tersebut merupakan respons kepada serangan udara yang dilakukan tentera India dan telah mencetuskan reaksi dan tindak balas daripada Pakistan. 

Serangan tersebut menyebabkan hubungan antara dua negara berkuasa nuklear yang sedia bergolak itu semakin keruh dan mengakibatkan banyak yang terkorban dalam wilayah bergolak Kashmir.




Kenyataan dan pertanyaan Ayesha tersebut tidak dapat dihabiskan kerana mikrofon beliau dirampas. Priyanka yang kelihatan tenang membalas pernyataan tersebut juga memberi jawapan sinis kepada Ayesha.

"Saya seorang patriotik, namun peperangan tersebut bukan sesuatu yang saya 'suka'.

"Setiap orang mempunyai pendirian masing-masing, sama seperti kamu, namun saya minta maaf kepada mereka yang mengagumi dan mengasihi saya jika saya pernah menyakiti hati anda semua," katanya.

Priyanka juga sempat berseloroh,

"Cara kamu bertanyakan soalan kepada saya? Gadis, jangan menjerit,"

"Kita semua di sini berkumpul bukan untuk bergaduh, jangan menjerit, jangan malukan diri sendiri. Terima kasih atas semangat dan soalan anda," ujar Priyanka.



Ayesha kemudian membuat kicauan baru yang mengatakan Priyanka Chopra tidak menjawab soalan dan seolah-olah menjadikannya seorang yang 'bersalah' dalam acara itu kerana bertanyakan soalan tersebut. 



Kashmir yang menjadi rebutan dua negara itu masih lagi dalam isu perebutan di mana Pakistan mendakwa wilayah tersebut merupakan tanah jajahan mereka, manakala India telah terlibat dalam dua perang demi merebut wilayah bergolak terbabit. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 14-8-2019 10:50 AM
dah kawin mat salleh lupa dah tanahair..
india dan pakistan ni sampai bilalah nak habis bercanggah.
takde kesudahan
Quote fliphair8 14-8-2019 11:10 AM
what u expect from bimbo, asal berlakikan kokosen, hidup ala kokosen sudehhhhhhh katenya
Quote diggerr 14-8-2019 11:19 AM
Sepatutnya promote perdamaian
Quote sehirkedi 14-8-2019 11:35 AM
Acik Priyanka leher berketak memang bimbo..
Quote biozipstar 14-8-2019 01:14 PM
tak boleh lah asek gaduh je. kan lebih kurang aje adat dan budaya. kawan aku elok je 2 orang malaysian, kawen dgn pakistani, tinggal kt pakistan, tinggalkan malaysia... besarkan anak pun kt pakistan.
Quote whadda 14-8-2019 01:16 PM
tak cantiknye body dia pakai dress tu
Quote kualibesi 14-8-2019 02:19 PM
hermm die nmpk tua
Quote armin 14-8-2019 05:20 PM
Padan muka priyanka kena bash. Dia reply pun kurang ajar, “are you done venting?”
Quote shida81 27-8-2019 11:11 PM
Sampai skang ak still x leh terima dia ngn laki dia ni.. Mcm x ngam.. Nampak tua Sgt
Quote DianaSaksen 4-9-2019 03:07 AM
shida81 replied at 27-8-2019 03:11 PM
Sampai skang ak still x leh terima dia ngn laki dia ni.. Mcm x ngam.. Nampak tua Sgt

Macam cikgu dan anak murid dorang berdua ni
Quote jihah_kudat 10-9-2019 09:44 AM
sejak kawen dengan nick ni si pc ni nampak busuk sangat..
Quote CiliPadiSedap 8-10-2019 07:28 PM
Cpkay: dah kawin mat salleh lupa dah tanahair.. india dan pakistan ni sampai bilalah nak habis bercanggah.takde kesudahan

Letak sis vokuru di border kashmir confirm mereka berdamai

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.134799 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top