CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

25 Tahun Pendam Rahsia Anak Angkat, Akhirnya..

13-8-2019 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4209| Komen: 18

“Selama 25 tahun saya simpan rahsia ini dan Sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Kuantan menemui ibu bapanya, saya beritahu perkara sebenar mengenai statusnya.

Memetik laporan Harian Metro, wanita ini, Zohaidah Sidin, 56 akhirnya memilih hari raya korban sebagai hari bersejarah, memberitahu anak angkatnya, Ahmad Farhan, 25 kisah yang sebenar tentang dirinya. 

“Alhamdulillah, walaupun dia kelihatan sebak apabila dapat tahu, dia tetap tenang dan ‘cool.

“Saya cuma mahu dia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki kepada orang tuanya,” katanya.

Semuanya bermula ketika anak perempuannya merancang untuk berkahwin hujung tahun ini. 

Kredit foto: Harian Metro


“Apabila anak perempuan saya hendak berkahwin, Ahmad Farhan menyatakan hasrat mahu menjadi wali.

“Dia tak tahu mengenai statusnya sebagai anak angkat dan saya gementar memberitahu perkara sebenar apabila bersemuka dengannya.

“Disebabkan itulah, sebelum dia pulang ke sini sempena cuti raya, saya nak cari ibu bapa kandungnya terlebih dulu supaya dia tidak kecewa dan masa sama dapat berbakti dengan ibu bapa selagi masa ada,” katanya.

Sebelum itu, Zohaidah cuba mencari ibu bapa kandung Ahmad Farhan menerusi satu mesej di Whatsapp yang berbunyi,

“Saya ingin mencari seorang lelaki, Abd Rahman dan isterinya, Zainun. Umur dalam lingkungan akhir 60-an sekarang ini. Mereka pernah tinggal di Senai dan di Kulai sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.

“Kami mengenali mereka ketika kami tinggal di Balai Polis Kulai. Abd Rahman berasal dari Pahang, Zainon dari Johor. Setakat yang saya kenal mereka mempunyai 6/7 anak.

“Mereka menyerahkan seorang anak mereka untuk dipelihara, sekarang berumur 25 tahun. Maklumat terakhir yang saya dapat mereka tinggal di Panching, Kuantan. Kami mencari 2 kali di Panching. Maklumat dari Balai Polis Panching, mereka berpindah ke kampung suaminya.

“Mohon sangat-sangat sesiapa yang mengenali, mengetahui mereka hubungi saya."

Selepas mesej tersebut tular, akhirnya ada individu tampil memberitahu tahu tentang mereka. 

“Syukur Alhamdulillah selepas sekian lama ikhtiar termasuk berkongsi perkara ini di Facebook, akhirnya saya dapat berhubung dengan Abdul Rahman dan anak-anaknya yang masih menetap di Kuantan.

“Apa yang membuatkan saya sebak, isterinya Zainun sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu, lantas membuatkan saya lebih bimbang Ahmad Farhan kecewa kerana tidak dapat lagi bertemu dengan ibu kandungnya,” katanya.

Zohaidah bagaimanapun enggan bercerita lanjut tentang pertemuan pada hari tersebut. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 13-8-2019 12:57 PM
ceh.. nak sgt masuk paper tpi citer x abes...

share laa.. dah garik sgt nak citer tpi xnak share keseluruhan ...
Quote iwansa 13-8-2019 01:04 PM
teky replied at 13-8-2019 12:57 PM
ceh.. nak sgt masuk paper tpi citer x abes...

share laa.. dah garik sgt nak citer tpi xnak share  ...

mngkin sambungan cerita nya kena tgk chanel utube
Quote LemakPetai 13-8-2019 01:18 PM
Anak dia ni tak pernah tgk sijil lahir ke
Quote Asdan 13-8-2019 01:40 PM


baik tengok drama korea, macam macam anak angkat, tapi mana yg best ya?
recommendation please
Quote Lolalala 13-8-2019 01:40 PM
dia viral sbb nak cari orang tersebut je. bukan tujuan nak share story. netizen pun over laaa
Quote Pixie902 13-8-2019 01:43 PM
LemakPetai replied at 13-8-2019 01:18 PM
Anak dia ni tak pernah tgk sijil lahir ke

Mungkin nama bapa dlm sijil lahir dah ditukar ke nama bapa angkat...that's why anak angkat tak pernah terfikir dia anak angkat...dlm tahun 80an 90an dulu benda ni biasa dibuat.  Tapi bila kesedaran tentang hukum mengenai bin dan binti ni makin meluas, perkara ni kurang dibuat.  
Quote Kurex 13-8-2019 01:51 PM
Terus aku teringat sinetron indon kegemaran acik2 "Puteri Yg Ditukar". Tapi memang ada kes macam ni...
Quote fliphair8 13-8-2019 02:01 PM
bertabah laa makcik, benda cmni pun kena kecam, camne pun makcik dah dapat banyak pahala jaga anak angkat makcik tu dan usaha makcik untuk anak tersebut berbakti kepada org tua kandungnya.
Quote Cpkay 13-8-2019 04:33 PM
be strong dik.. mak angkat awak dah besarkan awak elok je..
Quote chicozinn 13-8-2019 04:36 PM
iwansa replied at 13-8-2019 01:04 PM
mngkin sambungan cerita nya kena tgk chanel utube

bahahahhahahahaha..inspirasi dari keluarga hutan cm acik rumah org hutan kena sampuk tu kaa???
Quote TOPwind 13-8-2019 04:51 PM
pernah ada anak angkat pompuan

tapi making lama mangkin cunlah pulak anak angkat tu
Quote Vokuro 13-8-2019 04:53 PM
Macam babi je cerita sekerat2 macam ni
Quote makita 13-8-2019 05:35 PM
Mungkin nama bapa kandung kebetulan sama dgn  bapa angkat. Jadi mmg tak taw.
Tapi surat beranak mestibada tulis nama ibu kan.
Hebat mak dia, kalau ank angkat tu  taw identiti sebenar.
Quote diggerr 13-8-2019 07:21 PM
Takpe.. dijaga baik oleh parents angkaty
Quote kechikchomel 13-8-2019 07:32 PM
Arwah atuk n nenek iolss ada bela 2 orang anak angkat. Sorang laki, sorang pompuan. Bela dari kecik. Yg laki skrg dah 34. Yg pompuan dah 50an kot. Tapi dedua di bin/binti kn dengan nama arwah atuk iolss.

Dorg tau je dorg anak angkat. Dari kecik lagi dorg dah tau. Ingat lagi, masa kecik dulu anak angkat yg lelaki ni slalu citer psl family kandung dia kat ktorg. Berapa org adk beradik, duduk mana.
Quote LadyCarefree 13-8-2019 07:39 PM
iwansa: mngkin sambungan cerita nya kena tgk chanel utube



YouTube alepsokree kah?
Quote awanysss 14-8-2019 10:33 AM
alhamdulillah.. ade nmpk post viral ni kat fb.. dah jumpa dah..
Quote biozipstar 14-8-2019 01:20 PM
abes dari kecik dijaga tu, sah tak? dah jadi susuan ke? harap2 dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.048605 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top