Belum reda bahang kes Syed Muhammad Danial Syed Syakir, kini tular pula video lelaki berbangsa Cina mencari gaduh dengan pemandu bas. Menerusi perkongsian Joe Runner KL di Facebook, kejadian dipercayai berlaku berhampiran Sekolah Rendah Sungai Star, Sungai Udang.
Difahamkan, lelaki yang didakwa mabuk itu cuba memotong sebuah bas yang sedang mengambil penumpang di hadapan sebuah stesen minyak. Bagaimanapun, cubaannya memotong gagal kerana ada kereta dari arah bertentangan. Mungkin bengang tidak dapat memotong, lelaki terbabit menahan bas berkenaan sebelum menyuruh pemandu bas turun selain mengugut mahu membakar bas itu.
Video: FB Joe Runner KL Namun, lelaki terbabit ketar lutut' apabila melihat ramai orang Melayu datang ke tempat kejadian sebelum cabut lari. Video: FB Joe Runner KL Video itu mencetuskan rasa marah di kalangan orang Melayu terutama apabila kes Syed Muhammad Danial Syed Syakir yang masih belum selesai. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian ini berlaku. Sarang tebuan jangan dijolok. - CARI
|
Cpkay: please no rasis guys..
TalibanRock: ni video lama..jangan claim sebagai info baru..TT please delete.
LemakPetai replied at 13-8-2019 04:57 AM
Mmg mabuk teruk la tu...dia nak potong tak lps, blh salahkan bas berhenti ambil penumpang. Seb baik ...
ADVERTISEMENT