Remaja lelaki berusia 19 tahun cedera teruk dibelasah tujuh lelaki kerana berebutkan teman wanita. Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di lorong belakang sebuah kedai serbaneka di Sri Perdana, Lahad Datu, petang kelmarin.
Kejadian 2.45 petang itu menyebabkan mangsa cedera di kepala, mulut dan pinggang. Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, ketika kejadian mangsa sedang turun dari tangga rumah sewanya dan mahu masuk ke dalam kereta sebelum didatangi tujuh lelaki tidak dikenali "Mangsa dipukul di bahagian kepala, mulut dan belakang badan. Ketika kejadian, sepupu mangsa turut melihat ada suspek yang memegang pisau,” katanya. Kata Nasri, lima lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun dipercayai terbabit dengan kejadian ditahan polis di hadapan sebuah rumah di Taman Aman kira-kira jam 1 pagi semalam.
Tambahnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan berebut teman wanita, yang mana mangsa dan salah seorang suspek mengaku wanita berkenaan merupakan kekasih mereka. Kes masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - CARI
|
Kurex replied at 13-8-2019 11:49 AM
See.. Yg tak semoga lagi kuat membirah sampai ada 2 bf serentak.. Bf dia lagi bodoh macam @jazaa100 ...
Kurex replied at 13-8-2019 11:49 AM
See.. Yg tak semoga lagi kuat membirah sampai ada 2 bf serentak.. Bf dia lagi bodoh macam @jazaa100 ...
awanysss replied at 13-8-2019 11:54 AM
korang ni ade personal issues ape ni weh.. memanjang tag kawan tu dah kenapa haha
awanysss replied at 13-8-2019 11:54 AM
korang ni ade personal issues ape ni weh.. memanjang tag kawan tu dah kenapa haha
aica187 replied at 13-8-2019 02:45 PM
sbb cipap je bergaduh,msti si cipap tu jnis pmpuan kuat merenyam
ADVERTISEMENT