CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Penjenayah Ditembak Mati

2-10-2013 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6454| Komen: 35

Description: Grik: Tiga Penjenayah Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kes Samun Bersenjata Api Ditembak Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Jalan Intan, Pekan Grik, Di Sini Awal Pagi Tadi. Dalam K ...


GRIK: Tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata api ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Pekan Grik, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kesemua suspek terbabit yang dikehendaki dalam beberapa kes samun bersenjata di sekitar Kuantan, Pahang berjaya dikesan menaiki sebuah kereta di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebaik cuba ditahan suspek bertindak mengundurkan kereta dengan laju sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Polis kemudian melepaskan tembakan balas dan berjaya menembak mati kesemua suspek terbabit yang berusia 20-an.


Polis turut menemui dua pucuk pistol dalam kereta jenis proton wira yg dinaiki suspek.


Maklumat lanjut berhubung kejadian akan diberikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Grik, sebentar lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/02









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wajaman 2-10-2013 11:32 AM
bangsa apa nie?
Quote namirulmukminin 2-10-2013 11:32 AM
Bravooo.... bravoooo...
Quote ifanonline 2-10-2013 11:33 AM
mcm biasa...bangsa MIC
Quote mjla 2-10-2013 11:33 AM
Kureng sikit penjenayah kat Msia ni...

Bravo Polis...
Quote harizs 2-10-2013 11:34 AM
kurang 3 perompak.  
Quote mamiayu 2-10-2013 11:39 AM
syabbas PDRM
Quote gaara_X 2-10-2013 11:40 AM
ermmmmm..bagus laa......
Quote taji2906 2-10-2013 11:45 AM
kasi habis terus.. tembak mati.. kalau tangkap, masa jatuh hukum nanti sempat pulak nak tunjuk simbol geng depa..
Quote Mataris 2-10-2013 11:49 AM
Tabik/Salute kpd Polis yang menembak penjenayah tu.. Nasihat kpd Polis-Polis yang lain jgn bagi hidup kalau penjenayah tembak dulu... Kalau hidup.. depa pakai loyer, NGO & ahli politik yang pandai putar belit
Quote miawpink 2-10-2013 11:52 AM
Tiga lelaki dikehendaki polis ditembak mati

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang yang sangat dikehendaki polis atas pelbagai jenayah samun bersenjata terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan polis awal pagi ini di Gerik, Perak.


Menurut sumber polis, insiden tersebut berlaku pada jam 1.40 pagi di Jalan Intan apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira berwarna putih yang dinaiki oleh tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.


Polis yang cuba mendekati kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan terkejut apabila pemandu kereta tersebut dengan tiba-tiba mengundurkan keretanya dengan laju.


Malah, penumpang dalam kereta tersebut mula melepaskan beberapa das tembakan kepada polis dan polis terpaksa membalas tembakan.


Selepas kejadian tembakan itu berakhir, ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam 20an tersebut ditemui mati dalam kereta tersebut .


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan melakukan sidang media mengenai insiden tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik pagi ini.


Berita mula diterbitkan pada: Oktober 02, 2013 11:38 (MYT)
Tag: Gerik, tembak mati, polis






Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... embak-mati-23111?cp


Quote miawpink 2-10-2013 11:53 AM


MAYAT tiga penjenayah dipercayai geng samun senjata api yang ditembak mati oleh polis di Jalan Intan, Pekan Gerik, awal pagi ini dibawa masuk ke Unit Forensik Hospital Raja Pemaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat. - Foto L Manimaran
Oct 2, 2013 10:45 am
Quote miawpink 2-10-2013 11:55 AM
Three wanted men shot dead in GerikGERIK: Three men high on wanted list have been shot dead at Jalan Intan here following a gun battle with the police.

The incident is believed to have taken place at about 1.40am on Tuesday when police tried to stop the vehicle.


The suspects opened fire at the police, who then retaliated in self-defense.


Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar is expected to hold a press conference in Gerik on Wednesday about the incident.



Quote miawpink 2-10-2013 11:59 AM
Three killed in a police shoot-out
GRIK: A man high on police wanted list for a string of crime cases and two others, were killed during a shoot-out with police here early today.
They were believed to be involved in an armed robbery.


The incident happened about 1.40am along Jalan Intan here.
A police team from the Pahang state police headquarters had stumbled upon a white Proton Wira in a suspicious manner


The police team tried to stop the car for inspection, but it suddenly engaged the reverse gear at high speed.
Several shots were then heard coming from inside the car.
The police team fired back, and upon checks, found three men, all in their 20s, dead inside the car.
Inspector General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar is expected to hold a press conference on the case about 11.30am.


Read more: Three killed in a police shoot-out - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/thr ... 66676#ixzz2gX9P3CsZ






Quote kegimaru 2-10-2013 12:13 PM
syabas beteh
Quote miawpink 2-10-2013 12:14 PM
Tiga penjenayah ditembak mati


GRIK: Tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata api ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Pekan Grik, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kesemua suspek terbabit yang dikehendaki dalam beberapa kes samun bersenjata di sekitar Kuantan, Pahang berjaya dikesan menaiki sebuah kereta di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebaik cuba ditahan suspek bertindak mengundurkan kereta dengan laju sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Polis kemudian melepaskan tembakan balas dan berjaya menembak mati kesemua suspek terbabit yang berusia 20-an.


Polis turut menemui dua pucuk pistol dalam kereta jenis Proton Wira yang dinaiki suspek.


Maklumat lanjut berhubung kejadian akan diberikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Grik, sebentar lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/02

Quote PostBanhammer 2-10-2013 12:26 PM
ifanonline posted on 2-10-2013 11:33 AM
mcm biasa...bangsa MIC

Mana tau?

Quote miawpink 2-10-2013 01:19 PM
Tiga penjenayah ditembak mati
GERIK 2 Okt. - Tiga penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh dan samun, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Intan dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, polis terpaksa menembak kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu setelah mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -mati#ixzz2gXTtXGcg
© Utusan Melayu (M) Bhd













Quote network 2-10-2013 02:53 PM
yes!..yes!.. kurang lagi penjenayah. Congrat to PDRM. Kasi CANTAS semua penjenayah
Quote miawpink 2-10-2013 03:00 PM
Tiga penjenayah dikehendaki ditembak mati
02/10/2013 2:46pm

GERIK - Tiga lelaki yang dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh dan samun termasuk pembunuhan seorang peniaga kedai nasi kukus di Kampung Cacar, Paka, Dungun 13 Ogos lalu, ditembak mati pada Ops Cantas di Jalan Intan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu tiga lelaki berusia 25 hingga 34 tahun berkenaan dikatakan menembak ke arah polis selepas kenderaan mereka diarahkan berhenti di hadapan Bangunan Persekutuan di sini.

Katanya, selain pembunuhan peniaga nasi kukus itu, tiga penjenayah berkenaan dipercayai sekurang-kurangnya terlibat dalam lima lagi kes samun, curi kereta dan bunuh sejak Januari lalu.

Dua daripada tiga penjenayah terbabit dikenal pasti sebagai Mohd. Baaqir Badrolsham, 25, dan Zailizann Amin Elias, 26, yang masing-masing berasal dari Jeli dan Tanah Merah, Kelantan.

"Suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira telah diarahkan berhenti oleh sepasukan pegawai dari D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

"Penjenayah terbabit enggan berhenti sebaliknya mengundurkan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan. Polis terpaksa membalas tembakan mereka untuk mempertahankan diri.

"Tiga suspek yang salah seorangnya masih belum dikenal pasti identiti mati serta-merta di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di sini hari ini. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 7.htm#ixzz2gXtCZPsd
Hakcipta terpelihara

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052348 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top