CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Orang Jual Insurans Tolonglah Beradab"- Jangan Tunggang Musibah Orang Lain!

13-8-2019 11:08 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 12739| Komen: 66|Original author: Oleh: HakirRahman

Setiap kali kejadian buruk berlaku, akan ada ejen-ejen insurans yang cuba "tunggang musibah" untuk mempromosi produk jualan masing-masing. 


Walaupun kita faham kepentingan insurans, tetapi masih ramai yang tidak mengambilnya bukan kerana tak mampu, tapi kerana meluat dengan sikap sesetengah ejen insurans yang seolah-olah "mendoakan" kita ditimpa musibah supaya beli insurans mereka. Anda pernah kena? 

Selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian seorang pemuda baru-baru ini, seorang ejen insurans yang tidak beradab pun cubalah memainkan taktik sama. 

Tunggang musibah. Foto: Twitter


Malangnya, "usaha murninya" itu dikecam netizen yang menganggapnya tidak sensitiviti dengan musibah orang lain dan "gila intensif". 

Tolonglah beradab! Foto: Twitter

Netizen juga menceritakan pengalaman mereka berjumpa dengan ejen insurans yang tidak beradab ini, sehinggakan mereka benci kepada golongan ini. 

Sampai benci ejen insurans dibuatnya. Foto: Twitter

Semua orang faham, masing-masing cari rezeki, tetapi tidak bolehkah ejen insurans ini diajar supaya lebih berhemah? 

Tak reti adab! Foto: Twitter

Walaupun begitu, ada juga yang berpendapat selalunya ejen yang menggunakan teknik ini adalah orang lama atau ejen BBNU yang masih tidak belajar kaedah betul untuk menjual tanpa menyinggung perasaan orang lain. 

Tak semua ejen begitu! Foto: Twitter
Anda ada pengalaman berjumpa ejen insurans tidak beradab ini? Atau anda sendiri jual insurans cara begini? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainashiqa 13-8-2019 11:18 AM
Agak2 la org yg jual insuran ni pun.. Jaga la hati keluarga mangsa tu
Quote Iris. 13-8-2019 11:24 AM
I pun benci orang jual insurance guna kaedah musibah orang ni
Cerita manfaat insurance je dah lah
Quote shernazz 13-8-2019 11:40 AM
Choi  tol
Nnt family dia jadik gitu tau la dia post.mcm Mana..


Quote awanysss 13-8-2019 11:46 AM
kawan baik aku jual insurance pun cmni.. pastu hari2 status nak provoke org.. mcm org takde insurance ni akan hidup merempat sgt..
Quote oni313 13-8-2019 11:50 AM
hamsuang betul

akak dah amik plan takaful, then masa balik dr lrt, dtg la pulak BBNU pru bsn, nak promot insurance

then akak cakap la, akak dah ada plan takaful, leh lak agen BBNU tu cakap 'ala akak, beli lah lagi 1 coverage, tambah pd yg akak ada tu'

eh hanat lah ko, kalau akak beli, bayar premium bulan2 utk dua plan, akak nak makan apa? sial sgt approach dia

agak2 la pun kalau nak promot... giler ke apa nak amik premium banyak2, abis tu aku nak makan apa?
Quote Nana_Man 13-8-2019 12:08 PM
oni313 replied at 13-8-2019 11:50 AM
hamsuang betul

akak dah amik plan takaful, then masa balik dr lrt, dtg la pulak BBNU pru bsn, nak ...

I slalu ckp i dah ada personal insurance agent. Trus blah... kita yg byr premium tiap2 bln. Amik plan pun based on wat we can afford.
Quote lemak_masin 13-8-2019 12:21 PM
itu belum lagi citer pasal nak jual hibah harta pusaka yang keluar cerita keluarga mertua halau balu beranak kecik sebab nak duit faraid.. diolah cerita sampai  nampak buruknye dan tak adilnye  sistem islam tu pada kaum perempuan  sampai kene ambik hibah baru laa  sempurna
Quote mizruncing 13-8-2019 12:27 PM
meols pn nyampah dgn org insurans ni. tak hbs2 dok provoke n paksa2 suh ambik. tau laa kan. klu nk nti kte sdri yg akan cari org insurans tu
Quote violetungu 13-8-2019 12:57 PM
masukla insurans macam2 bulan2 bayar mcm kwn aku,pastu xpenah claim pun.bila nk claim tak boleh plak,yg ni xkena yg tu xkena..at last burn camtu ja.
Quote buragazz 13-8-2019 01:10 PM
Kat office aku ni dulu ada sorang mamat tu .. jual insurance takut2 kan orang pastu bagi kes2 yang terdekat buat melariskan insurance dia.. walaupun aku tau insurance tu penting tapi aku tak beli ngan dia..
Quote ogata 13-8-2019 01:11 PM
lemak_masin replied at 13-8-2019 12:21 PM
itu belum lagi citer pasal nak jual hibah harta pusaka yang keluar cerita keluarga mertua halau balu ...

itu belum lagi cerita auta pasal KWSP.

KWSP penama(tidak semestinya pewaris/dan mewarisi) dan penerima(pewarsi) dalah entiti berlainan.. tu pun create cerita si penama bolot semua duit kwsp.

mana ada cam tu.KWSP ikut faraid.

Quote meya 13-8-2019 01:23 PM
Yang telefon kita pun satu lagi aku paling menyampah...bila kita cakap kita takmo ...sibuk lagi dia pot pet pot pet....

Ada sekali tu layan gaklah...dah tu last bila kita cakap kita nak bincang ngan suami dulu.  Dia kata tak boleh pulak...nak suruh kita decide dan dan tu jugak.  Bila cakap kita ni tak kerja pun tak makan saman gak.  

Dia kata benda ni bagus kak untuk jaga akak jugak takkan suami nak marah...amboi amboi

Kot insurans tak perlu bayar premium bulanan takpe jugak!

Memang entahlah takde perkataan betul nak diluahkan geram.  

Bila kita kata takpelah you antarlah plan tu kasi saya tengok..takmo pulak.  Kalau nak antar kena setuju dulu em sorrylah nak teruskan.

Quote cmf_premierleag 13-8-2019 01:29 PM
meya replied at 13-8-2019 01:23 PM
Yang telefon kita pun satu lagi aku paling menyampah...bila kita cakap kita takmo ...sibuk lagi dia  ...

ko ckp je ko keje sbg askar, polis
sure diorg takkan kol ko lg
sbb pekerjaan ni consider high risk...so insurans susah nk kaver
Quote oni313 13-8-2019 01:47 PM
Nana_Man replied at 13-8-2019 12:08 PM
I slalu ckp i dah ada personal insurance agent. Trus blah... kita yg byr premium tiap2 bln. Amik p ...

agent2 tepi jalan or kt mall jenis BBNU tu mmg i tak approach and try my best gi jauh2, and pesan kt kawan2 i gak benda yg sama, coz diorg2 ni tahu nak dpt komisen je, apa jadi pd org yg beli insurance tu mmg takkan la diorg amik tahu, asalkan diorg dpt jual

paling hanat bila agent2 ni buat cerita sedih, pastu buruk2kan hospital gomen...sepital swasta kalau kritikal sgt sakit, ujung2 tolak jugak sepital gomen
Quote Nana_Man 13-8-2019 02:15 PM
oni313 replied at 13-8-2019 01:47 PM
agent2 tepi jalan or kt mall jenis BBNU tu mmg i tak approach and try my best gi jauh2, and pesan  ...

I memang tak layan insurance agent tepi jalan... pasal dorang memang aim komisyen. Jd apa kat kita, tak byr premium ke apa dorang pun tak peduli..  kalau i nk amek lain plan, i akan cari agent sendiri..
Quote azimodin 13-8-2019 02:28 PM
agent insurance ni sebelum kita ambik insurance dia bantai "gerenti boleeh", bila nak claim keluar cerita lain pulak. lagi satu yang iouls meneyampah jenis nak meniaga tapi mulut haramjadah. siap tulis ayat "jangan jadi bodoh", "kalau meninggal nanti anak bini merempat tepi jalan". Dah macam dorang pulak decide ajal maut & rezeki orang.
Quote Cpkay 13-8-2019 02:30 PM
takde etika begitulah caranya .. no sensitivity at all
Quote awanearisu 13-8-2019 02:34 PM
Edited by awanearisu at 13-8-2019 02:36 PM

Komen mengenai ejen YL itu memang betul pun. Bukan pangkat ejen sahaja yang berperangai begitu. Insurans pula setakat ini pengalaman kita 50-50. Masih ada yang beretika.
Mereka patut ada kursus komunikasi lah untuk mendekati prospek.
Quote ketambangkang 13-8-2019 02:50 PM
hmm ramai je member2 aku yg jd agent hantar mak pak dorg ke hosp gomen time sakit

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.208247 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top