CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Dan Zulhuzaimy Bergaduh Kerana Kelab Rempit?

15-8-2019 05:30 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 13521| Komen: 60|Original author: Oleh: HakirRahman

Sejak hukuman penjara kerana kesalahan dadah ditangguhkan, pelakon Farid Kamil kembali aktif. Dengar kata mahu terbitkan filem terbaru. 


Tetapi, usaha itu nampaknya dipenuhi kontroversi kerana rakan artisnya, Zulhuzaimy menuduh Farid "melanggar janji" kerana mahu bergerak sendiri. 
Zulhuzaimy bergaduh dengan Farid Kamil? Foto: Instagram

Lapor Harian Metro, Zulhuzaimy menuduh Farid melanggar perjanjian apabila hendak membikin filem tetapi tidak melibatkan ribuan ahli Kelab Spark Malaysia. Kelab mat rempit ke ni? 


"Berdasarkan perjanjian, Farid mendapatkan tajaan berjumlah RM3 juta manakala saya menguruskan skrip filem. Perjanjian turut menyatakan keuntungan Remp-It 2 akan dimasukkan ke akaun kelab untuk kebajikan ahli," kata Zulhuzaimy. 

Menurutnya lagi, selepas kes dadah Farid, pelakon itu menawarkannya berlakon sebuah filem lain tetapi ditolaknya kerana tidak mahu mengecewakan ahli kelab yang disertainya. 

Ahli kelab dikatakan memberikan ribuan ringgit untuk kes Farid Kamil. Foto: Google

"Saya ada menerima jemputan Farid sebagai pelakon dalam filem arahannya. Bayaran yang ditawarkan memang lumayan tetapi jika bersetuju, saya menafikan hak ahli yang bersusah payah dengan filem asal," katanya.

Lebih mengecewakan, ahli Kelab Spark Malaysia juga sebelum ini membantu mengumpul puluhan ribu untuk kes mahkamah Farid, tetapi tidak dihargainya. 

Tetapi, menurut Farid pula, yang menolak penglibatan ahli Kelab Spark Malaysia adalah Zulhuzaimy sendiri! 

Zulhuzaimy yang tak nak ahli kelab dalam filem! Foto: Google

"Dalam pertemuan bersama Zulhuzaimy di pejabat penaja baru-baru ini, saya cadangkan bawa ahli Spark tetapi Zulhuzaimy tidak terima. Dia cakap jangan kaitkan mereka dalam filem ini dan biar dia sahaja berlakon," kata Farid. 

Ah sudah siapa yang sebenarnya betul? Kesian ahli Kelab Spark Malaysia ni. Mereka pun hendak berlakon juga kan. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ruffboyz 15-8-2019 05:50 PM
tahun 2019 dah woi.. masih takuk genre rempit nk buat filem??? pls la elok lg layan boboiboy
Quote TerataiMelur02 15-8-2019 06:05 PM
Apa faedah masuk kelab ni?
Buat filem pun tah pape.. X mendatangkan faedah langsung
Quote naz.wani 15-8-2019 06:06 PM
Kelakar je punca pergaduhan pun
Quote lasagna 15-8-2019 06:08 PM
guna khidmat lawyer laa korg ber2 ni.. rakyat marhaen tak kesah pun hal korg.
Quote Nt-ViruS 15-8-2019 06:52 PM
kutuk2 kpop tapi diorang punya entertaiment industry mendonia. ko dari dulu sampai sekarang rempit jela. itu pun bawa bergaduh. sampahnyer.
Quote Boomibulat 15-8-2019 06:57 PM
Farid mendapatkan tajaan berjumlah RM3 juta manakala saya menguruskan skrip filem..

Senangnya dpt tajaan 3 juta..
Quote de_ikea 15-8-2019 07:04 PM
Rempit tak habis2. Laku benar ke filem rempit ni.
Tp realitinya mmg ramai sungguh geng rempit ni. Iols lalu lpt hr jumaat lepas, ada 3 big group yg dok bersuperman atas highway.
Quote riyadhK 15-8-2019 07:43 PM
Dua2 busuk. Kbye.
Quote Mfzg89 15-8-2019 08:13 PM
Noob..da 2019 & memasing dah berbulu tapi 2 ekor ni masih dok tangkuk lama...
Quote sukacactus 15-8-2019 08:13 PM
Hahaha..hadoi!
Rempit la, spark la
Mcm2 la FK ni
Quote salamon 15-8-2019 08:22 PM
igt dah rip dah cite rempit ni
Quote generalsoap 15-8-2019 08:44 PM
......tapi di kalangan industri ni org mmg tak suka deal dgn zul sbb dia attitude problem. Suka ckp lain buat lain. Mana org ambik pun dia berlakon harapkan watak spark satu tu je
Quote me_nns 15-8-2019 10:35 PM
tua2 pn nk rempit lg...
Quote sabundettol 15-8-2019 10:41 PM
Zaman cite2 rempit ni dah berlalu ya..carulah genre lain {:nose
Quote -Suri- 15-8-2019 11:01 PM
Filem rempit lagi...{:nose
Quote katibism 15-8-2019 11:22 PM
de_ikea replied at 15-8-2019 07:04 PM
Rempit tak habis2. Laku benar ke filem rempit ni.
Tp realitinya mmg ramai sungguh geng rempit ni.  ...

Hai ibuk oki setiana dewi.. lama iols x beramas mesra dgn uols. Aiols byk jd SR jah sblm ni. Jemput la ke bebenang rumah iols yg tgh mendonia tibajah =)
Quote Rhyno 15-8-2019 11:25 PM
Farid Kamil ko duduk la dendiam dlm lokap tu. org x kesah pon kewujudan ko......
Quote diggerr 15-8-2019 11:56 PM
Kelab rempittttt. Hahaha
Quote damian_lee 16-8-2019 12:04 AM
Edited by damian_lee at 15-8-2019 04:06 PM

Xzabar nak tgk hasil duit 3 juta tu yaaaa
Kalau setakat level2 filem mcm filem Along Raja Lawak ... lupa tajuk

Better 3 juta tu buat parking kete or parking motor mat rempit

Masih takuk lama
Filem genre rempit2 ... gangster2 slang cina ... koserrr

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046173 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top