CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mahu Cantik Seperti Kate Middleton Lepas Bersalin, Boleh Cuba Diet Dukan Ini

28-8-2019 11:22 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 5569| Komen: 12|Original author: HakirRahman

Siapa yang tak mahu cantik kan, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Bakal Permaisuri Britain Kate Middleton juga tidak terkecuali, dan rahsianya adalah mengamalkan Diet Dukan. 


Diet Dukan ini adalah diet yang ketat dan mempunyai empat tahap yang perlu dipatuhi. Tapi, janjinya memang menarik hilang hampir sepuluh kilo seminggu! Banyak tu. 

Jadual Diet Dukan, ada berani? Foto: Google


Diet Dukan ini dicipta oleh seorang pakar pemakanan Perancis bernama Dr Pierre Dukan yang mencadangkan diet protein tinggi, rendah lemak dan rendah kabohidrat. Ia perlu melalui empat tahap. Ia juga menyenaraikan 100 jenis makanan sahaja yang boleh dimakan. Semuanya kena ikut langkah demi langkah. Jangan main bedal je! 

Bukan senang nak lawa macam Kate Middleton. Foto: Google

Tahap pertama adalah "attack" yang perlu dilakukan dalam tempoh dua hingga lima hari. Anda dibenarkan makanan rendah atau tiada lemak sahaja, ikut suka la makan banyak mana. Ada 68 jenis makanan boleh diambil termasuklah ayam, tauhu, telur dan yogurt rendah lemak. 

Untuk elak masalah perut, diet ini juga mencadangkan anda makan lebih kurang dua sudu oat dan minum enam hingga lapan gelas air kosong setiap hari. Dan berjalan 20 minit sehari untuk terus sihat. 

Selera tak? Foto: Google

Tahap kedua adalah "cruise", selain 68 jenis makanan dibenarkan, anda kini boleh makan 32 sayur jenis bukan kanji seperti timun dan salad. Kalau anda ikut pelan ini, berat badan dijamin turun lebih kurang sekilo setiap tiga hari. Oh, jangan lupa bersenam dengan berjalan 30 minit sehari. 

Berjalan je tak payah berlari. Foto: Google

Tahap ketiga adalah "consolidation" yang bermakna anda kena makan hanya satu atau dua kali sepinggan buah-buahan segar KECUALI pisang, anggur, ceri dan buah delima. Anda juga kena makan dua keping roti "wholegrain", 1.5 gram keju, dan sepinggan atau dua pinggan makanan kaya karbohidrat dan kanji. Nasi kira boleh lah kan?  

Nasi boleh tak? Foto: Google
Tahap terakhir adalah "stabilization" adalah fasa merdeka! Anda boleh makan semua jenis makanan tetapi untuk kekalkan berat badan ideal, anda perlu makan tiga sudu oat setiap hari, makan protein sahaja sehari seminggu dan teruskan bersenam mudah seperti berjalan dan naik tangga. 

Tak lah nampak susah mana kan? Boleh lah jadi macam Kate Middelton lepas ni! - CARI 
3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • yeos2


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 28-8-2019 11:59 AM
susah follow diet ni..
buat IF je senang..
time open window makan berpada  pada..
iolss buat 2 minggu Alhamdulilah almost 3 kg lost..
Quote ainashiqa 28-8-2019 12:17 PM
Baru tau ada diet dukan ni..
Quote Foxey 28-8-2019 01:25 PM
Menarik juga ni tapi fox ni bab diet memang fail sebab tu tak pernah nak berdiet
Quote diggerr 28-8-2019 02:50 PM
Ketat betull
Quote ketambangkang 28-8-2019 03:06 PM
IF jgk the best for me..buat main2 je pon bole turun
Quote freyayong 28-8-2019 04:11 PM
camne uols buat IF boleh turun.. iols buat IF xturun pon..
Quote mbhcsf 28-8-2019 06:26 PM
yg dok dicananglan la ni  intermittent fasting tapi sorang  registrar ? ahem consultant  neuroendocrinologist tu tak  keen sangat tapi nampak macam berjaya

ni yg DUkan ni ape pulak?

dan lagi satu Kate Middleton ni ambik kaedah ni ke?

ye keeee?
Quote epuepy 28-8-2019 07:34 PM
KM ni aura Royal dia naik sgt. X mcm biras Lagy 1 tuh. {:spec
Quote CikB 10-9-2019 04:50 PM
patutlah kate slim je
Quote lututputih 17-9-2019 11:12 PM
nak share yg saya buat...jaga makan 5 hari waktu kerja..makan nasi lauk rebus2 bakar2 jer..sabtu ahad mmg kelaut...setakat ni berat badan terkawal..
Quote puanbintang 27-9-2019 10:33 AM
jeles tgk badan orang slim melim tapi nak diet tu memang memerlukan kekuatan sungguhlah.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.113205 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top