SETIAP barang yang dimiliki Kim Searle merupakan hasil kemenangannya menyertai peraduan di Cardiff. CARDIFF, Britain - Seorang wanita di sini, Kim Searle memenangi sejumlah hadiah bernilai £100,000 (RM524,868) selepas dia menyertai 100 peraduan sehari sejak 24 tahun lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Wanita berusia 50 tahun itu serius menyertai peraduan selepas dia mula memenangi sebuah ketuhar gelombang mikro pada tahun 1989. Dia memperoleh maklumat mengenai peraduan-peraduan tersebut menerusi sejumlah majalah dan laman web. "Saya menyertai pertandingan setiap pagi, petang dan malam. Saya semakin ketagih. Saya akan menyertai setiap peraduan tanpa mengambil kira hadiah yang ditawarkan. "Menanti posmen tiba dengan bungkusan hadiah sudah menjadi satu kewajipan," katanya. Antara hadiah yang dimenangi sejak beberapa tahun lalu dan tidak pernah digunakan adalah kot mudah alih, katil kanak-kanak dua tingkat, buku panduan menjahit dan sebuah kit pertolongan cemas.
Hadiah paling istimewa hingga mendorongnyaterus menyertai peraduan adalah sebuah kereta. - Agensi |
Anakdesa posted on 2-10-2013 04:03 PM
Betul gak tu... boleh gak kaya raya...
Ni dok berporem siang malam, satu sen pun tak masyukkk.... ...
Anakdesa posted on 2-10-2013 04:08 PM
Ketagih kutuk mengutuk, gaduh2 dalam porem.... Kihkihkih...
Kalau dalam sehari tak dapat melua ...
sepiITUindah posted on 2-10-2013 04:10 PM
berusaha, sabar tekun tanpa mengenal erti putus asa
tangga kejayaan
rospinki: waw...bagustrgt den masa kecit2..mak menega kopok..habis peket besar kopok tu aku sorg je makan ..nk dptkan kopun dlm tudapat la t-shirt gaban k ...
nurul_akmar posted on 2-10-2013 08:29 PM
aku jgn kata peraduan, lucky draw sekolah pon x pernah sangkut
ChildrenOfBodom posted on 2-10-2013 08:27 PM
banyaknya peraduan yg ada kt britain. satu hari sampai 100.
aku dulu suka gak masuk peraduan kt the ...
ChildrenOfBodom posted on 2-10-2013 08:27 PM
banyaknya peraduan yg ada kt britain. satu hari sampai 100.
aku dulu suka gak masuk peraduan kt the ...
ADVERTISEMENT