Kalau anda nak tahu, Big Stage akan kembali semula untuk musim kedua bermula 18 Ogos nanti. Musim ini ada kelainan sikit apabila terdapat peserta dari negara serantau iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, dan Korea Selatan.
Baru-baru ini, peserta dijemput menghadiri rancangan Meletop untuk mempromosikan Big Stage. Peserta dari Korea Selatan iaitu Jang Hanbyul turut serta dalam wawancara itu. Tapi, jadi tak seronok apabila Khai Bahar yang menggantikan Neelofa sebagai pengacara telah melakukan suatu perkara yang dianggap rasis kepada Hanbyul. Khai dilihat hanya memanggil Hanbyul dengan panggilan 'Si Korea' dan mereka juga bercakap Bahasa Melayu dan jelas kelihatan lelaki Korea itu kelihatan keliru dan hanya mampu membalas dengan bahasa badan. Netizen yang melihat sedutan video ini berasa bengang kerana menganggap hos rancangan seharusnya belajar dahulu mengenai artis jemputan dan menghormati mereka supaya mereka berasa selesa sepanjang wawancara itu berlaku. Netizen juga tertanya-tanya kenapa mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris sahaja ketika berkomunikasi bersama Hanbyul. |
epal_ijau replied at 10-8-2019 01:14 PM
At first x perlu panggil khai as co host pon. Nana je da cukup. Nnt nak nyanyi baru soh si khai ni k ...
whadda replied at 10-8-2019 11:16 AM
no manners panggil orang si korea ni.. ade nama kot.. nak santai pon jangan sampai nampak cam biadap
katibism replied at 10-8-2019 10:33 AM
KB hauk.. x sesuwei jd host. Gelak je keje..ingat klako??
cicicumel replied at 10-8-2019 02:52 PM
i kutuk kt ig habis i dimaki kb zoners.. njirrrr...
ADVERTISEMENT