Kreatif dan inovatif. Penduduk Kota Surabaya boleh berbangga dengan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan lambakan sampah sarap. Penumpang bas di terminal paling sibuk di Surabaya kini boleh menukar tiket perjalanan dengan botol plastik dan cawan pakai buang. Hampir 16,000 tong sampah penumpang ditukar untuk perjalanan percuma setiap minggu. Menurut pihak berkuasa, Skim Surabaya itu terkenal di bandaraya yang dihuni seramai 2.9 juta penduduk. Menurut Harian Metro, Pegawai pengangkutan Surabaya, Franki Yuanus, berkata objektif program bukan sahaja untuk mengurangkan sampah tetapi menangani kesesakan lalu lintas dengan menggalakkan orang ramai beralih ke transit awam. Janji kerajaan untuk mengurangkan sisa plastik di perairan Indonesia sebanyak 70 peratus menjelang 2025 menerusi peningkatan kitar semula, kesedaran awam, dan membendung penggunaan plastik pasti tercapai. Menaiki bas, menempuh perjalanan berjam-jam tanpa henti sudah tentu memerlukan air minuman tiga botol besar, lima botol sederhana atau 10 cawan plastik. Tetapi, ia mesti dibersihkan. Menukar sampah dengan tiket percuma, itulah penyelesaian terbaik dan situasi menang-menang untuk rakyat.- CARI
|
ADVERTISEMENT