Seakan merajuk, pelakon dan juga penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata dia tidak mahu lagi menghasilkan filem di bawah syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Apa yang terjadi sebenarnya? Katanya, kebanyakan filem yang diterbitkan oleh syarikatnya sering menerima nasib kurang baik, iaitu kurang sambutan orang ramai. "Senang cerita saya tak ada luck. Buat filem je tak laku. "Ramai tanya nak buat filem ke? Terus terang nak hasilkan filem ni jangka masanya lama dan kena fokus lebih. "Jadi lebih baik saya fokus drama dan perniagaan runcit yang lebih menguntungkan," katanya seperti yang dilaporkan Astro Gempak.
Pun begitu, Rosyam masih mahu kekal dalam industri sebagai pelakon jika menerima watak yang bersesuaian.
|
buragazz replied at 13-8-2019 06:39 PM
Luck tu tadi aku baca sekali imbas macam Lucah.. aku ingat Rosyam Buat Filem Lucah.. terkesima kejap ...
buragazz: Luck tu tadi aku baca sekali imbas macam Lucah.. aku ingat Rosyam Buat Filem Lucah.. terkesima kejap.. terok kepala hotak aku ni..
akumak replied at 13-8-2019 06:19 PM
Drama2 dia ok la jugak layan. Filem kena ikut selera masyarakat
ainashiqa replied at 13-8-2019 05:55 PM
Macam tu kau berlakon je la rosyam..
LadyCarefree: Rosyam ni better sikit dari endi lalat
Mejami replied at 14-8-2019 01:17 AM
Ndlalat kaya sbb buat mlm uptrend2u kesian aku tgk jiran aku kena tipu..beribu sj je leboh
ADVERTISEMENT