CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Stres Lepas 3 Tahun Bercerai Cuba Culik Budak Sekolah

9-8-2019 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5535| Komen: 23

Wanita mengalami tekanan perasaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun selepas didakwa cuba menculik seorang murid lelaki di sekolah di bandar Dungun.

Harian Metro melaporkan, wanita berusia 20-an berasal dari Marang itu ditahan ketika menunggang motosikal di Rusila, Marang, 3 petang semalam.


Ketika disoal siasat, suspek mendakwa memasuki kawasan sekolah berkenaan untuk ke tandas sebelum menegur murid lelaki terbabit.


Foto: FB

Kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, wanita itu dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana masalah keluarga selepas hampir tiga tahun bercerai.

Menurut suspek, kesemua tiga anaknya berusia tiga, lapan dan 10 tahun berada di bawah jagaan bekas suaminya.

“Hasil siasatan awal, kami percaya wanita itu mungkin hanya menegur murid lelaki terbabit kerana teringatkan anak-anaknya.


“Wanita itu mengaku tinggal di merata tempat,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin selepas warganet mendakwa dia cuba menculik dan mengheret keluar seorang murid perempuan di sebuah sekolah di daerah itu.

Bagaimanapun, murid terbabit berjaya diselamatkan pengawal keselamatan sekolah berkenaan yang curiga dengan tindakan wanita itu. Suspek turut dikatakan ditemui berlegar di kawasan sebuah sekolah lain.

Berikutan kejadian, ibu murid berkenaan melaporkan kejadian untuk tindakan lanjut.

Baharudin menjelaskan, kejadian tular itu bukan membabitkan murid perempuan, sebaliknya membabitkan seorang murid lelaki serta menafikan dakwaan murid berkenaan ditarik suspek. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kualibesi 9-8-2019 11:25 AM
scary nya. may ad someone refer die ke psychiatrist, kesian. tp bace posting dr mak budak tu, die ni wangi2 cantik2 bersih.
Quote yuki812 9-8-2019 11:29 AM
kesiannya..
mybe muka bdk laki tu seiras muka anknya kot. dia rindu ank dia..
kejam pulak sibapa kalau nafikan hak ibu nk tgk anknya..walaupon maybe si ibu tu ada buat salah..
Quote lilbub 9-8-2019 11:36 AM
Kesiannya. Rindu kat anak3 dia la tu sampai jadi gitu
Quote HujanBatuTiga 9-8-2019 11:39 AM
Yg dlm video tu kes sblm ni kan. Laki tu cabul budak tu. Ke aku silap.
Quote prettyuglybabe 9-8-2019 11:44 AM
kasihannya.. mesti dia rindu sangat kat anak sendiri..
kalau mental dia ok, apa kata amik je anak angkat..
ramai lagi anak-anak yang tak bertuah ada mak ayah..
Quote justchu 9-8-2019 11:49 AM
Apsal video tu tak mcm perempuan?
Quote awanysss 9-8-2019 11:50 AM
kesiannye...
Quote Artemesiaa 9-8-2019 12:21 PM
Rindu kat anak sampai jadi mental ler tu
Quote rina0602 9-8-2019 01:29 PM
kesian pulak..mesti tengah mencari anak lelaki dia agaknya..
Quote Pink_Purple 9-8-2019 01:34 PM
3 tahun dah..move on je...

tunggu 10,11 tahun lagi anak2 akan datang cari ibu..

dengan medsoc sekarang mudah je nak cari..
Quote sukacactus 9-8-2019 01:36 PM
See! Cemana dr citer sebenar dah tokok tambah utk menyedapkan citer
Quote mieymiey 9-8-2019 02:42 PM
Rindu sangat kat anak sampai tak dapat berfikir dengan waras.
Quote gigahertz 9-8-2019 04:42 PM
Edited by gigahertz at 9-8-2019 08:43 AM
yuki812: kesiannya..mybe muka bdk laki tu seiras muka anknya kot. dia rindu ank dia..kejam pulak sibapa kalau nafikan hak ibu nk tgk anknya..walaupon maybe si  ...

Takutnya perogol di mana mana
Quote MariaClara 9-8-2019 05:14 PM
kita hanya dpt cerita dari viral...tak tahu cerita sebenar dia...

kalau btol dia rindukan anak2 dia...mogasi bapa fikirkan lah hak si ibu ini..apa pon kesalahn yg pernah dia buat...harap bagi la jumpe kejap kannn
Quote Foxey 9-8-2019 05:44 PM
Nampak muda dan rupa yang helok je dia.
Quote dino 9-8-2019 06:44 PM
anak die yg kecik 3 tahun.. n dah cerai 3 tahun.
mahkamah takkan bg hak penjagaan kat si ayah klau si mak takde problem....
Quote potpetpotpet 9-8-2019 08:44 PM
Kesiannya.
Muka nampak helok,  body pon kurus je even dah beranak 3.
Bawak jumpa psychiatrist and try to move on.
Semoga yg baik2 je untuk sis ni..
Quote Acikgomen 9-8-2019 08:49 PM
Pink_Purple replied at 9-8-2019 01:34 PM
3 tahun dah..move on je...

tunggu 10,11 tahun lagi anak2 akan datang cari ibu..

Senangnye suruh org move on sbb dah lama becerai walhal taktau pasal apa pempuan tu boleh dpt tekanan perasaan sampai hilang pertimbangan
Quote Pink_Purple 9-8-2019 09:25 PM
Acikgomen replied at 9-8-2019 08:49 PM
Senangnye suruh org move on sbb dah lama becerai walhal taktau pasal apa pempuan tu boleh dpt teka ...

habis kalau xsuruh move on nak kata apa lagi..
mcm2 cara move on...jumpa pakar..xkira apa pakar pun..
cari la benda yang boleh kurangkan tekanan tu...

3 tahun dah, bukan 3hari bkn 3 bulan..memang benda xboleh lupa tp sekurang2 xde la berperangai ke arah makin teruk..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.176585 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top