Dah tercium bau nasi minyak ke? Hubungan di antara Luna Maya dan ahli perniagaan Faisal Nasimuddin sememangnya sudah diketahui oleh kalangan rakan rapat mereka walaupun tidak didedahkan secara umum kepada media. Mereka dikatakan bertemu selepas diperkenalkan oleh sahabat Luna dan adik Faisal sendiri.
Bagaimanapun, setelah sekian lama digosipkan bercinta dalam diam, berita kini sedang hangat bertebaran di media negara jiran yang mengatakan pasangan sejoli ini bakal melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat. Salah seorang artis yang dikatakan membocorkan rahsia itu adalah Millane Fernandez, kawan rapat Luna Maya sendiri. Dalam sebuah postingannya di Twitter, Millane sempat mengunggah sebuah puzzle dengan pertanyaan 'apa kata-kata milikmu'?
Setelah dijawab oleh Luna Maya dengan 'money, love connection', Millane menjawab 'Ini kerana kamu bakal bernikah!'. Perbualan dua orang rakan rapat ini mendapat respon yang positif deripada peminat Luna Maya dan ramai yang mengucapkan tahniah kerana sudah mendapat pengganti. Umum mengetahui Luna Maya pernah bercinta dengan ahli perniagaan kacak Rieno Barack selama beberapa tahun tetapi putus di tengah jalan selepas Rieno memilih penyanyi seksi Syahrini sebagai isterinya kerana hubungan dengan Luna dikatakan tidak direstui keluarganya. Apa pula respon Faisal Nasimuddin? Seakan mengiyakan gosip pernikahan tersebut, Faisal pula telah mengunggah semula sebuah posting Luna Maya dengan tulisan 'I love you', lengkap dengan tanda pagar #happiness #bliss #romania #sharewithsmf. Sejauh manakah hubungan kedua pasangan sepadan ini akan berpanjangan selepas kontroversi mereka sebelumnya? Umum masih teringat kisah panas perceraian Faisal di mahkamah tetapi nampaknya peminat Luna Maya tidak kisah, malahan berharap mereka berdua akan disatukan secepat mungkin. - CARI |
kualibesi replied at 9-8-2019 11:23 AM
die ni kan yg ex kena pukul tu?
bambimo replied at 9-8-2019 11:31 AM
Wow...
So kira dh dpt better dr ex lama
laksmanabentan replied at 9-8-2019 11:28 AM
ok la tu kan...
sesuai sgt.... dua2 'hyper' gitu kan....
natrahn replied at 9-8-2019 11:35 AM
ye.. betul la tu..lebam2 ex wife kena pukul
Cpkay replied at 9-8-2019 11:37 AM
ex lama dia pelakon Puteri aishah tu kan ?
laksmanabentan replied at 9-8-2019 11:28 AM
ok la tu kan...
sesuai sgt.... dua2 'hyper' gitu kan....
ADVERTISEMENT