Terjadi di Indonesia, seorang lelaki dikatakan sanggup menceraikan isterinya kerana mengejar cinta seorang mak nyah. Menurut portal Tribun, lelaki yang bernama Sigit itu sebelum ini telah bernikah dengan seorang wanita asli dan mempunyai seorang anak kini lebih selesa menjalinkan hubungan dengan seorang transgender.
Menurutnya lagi, mereka berdua telah merancang untuk berkahwin atas sebab Sigit sudah tak mahu anak di masa hadapan. Transgender yang dikenali sebagai Stasya itu merupakan seorang Youtuber dan mereka berdua sudah lebih 3 tahun saling mengenali antara satu sama lain.
Keputusan Sigit menceraikan isterinya itu kerana pendiriannya untuk tidak mahu memiliki anak lagi dan hanya cukup hanya seorang. Malah jika Sigit dan Stasya bergaduh, bekas isterinya jugalah yang memulihkan hubungan mereka berdua. Pelik tapi benar, tapi tak mustahil berlaku dalam zaman serba moden ini. Benarlah orang kata, cinta itu buta malah bangga pulak menayang di hadapan orang ramai. - CARI
|
Arry replied at 13-8-2019 10:20 AM
muka jantan... tapi hidung dia cantik
ADVERTISEMENT