CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fawwaz, Mangsa Hempap Peti Ais Mungkin Pulih 3 Tahun Lagi

8-8-2019 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3249| Komen: 16

Sebelum ini laporan akhbar menyiarkan tentang kanak-kanak lima tahun yang parah dihempap peti ais pada kepalanya pada 12 Julai lalu.

Khabar terbaharu buat adik Muhammad Fawwaz Adli itu, bapanya menyatakan anaknya mungkin mengambil masa lama sehingga 3 tahun untuk pulih. 


“Doktor beritahu anak saya boleh pulih tetapi mungkin mengambil masa lama antara dua hingga tiga tahun,” kata bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar, 33. 

Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri ini berkata mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak sulung mereka kerana keadaannya yang tidak boleh bergerak dan berdiri itu. 

Kredit foto: Harian Metro

"Kesan kecederaan dialami Muhammad Fawwaz agak serius hingga membuatkan dia tidak mampu bergerak dan berdiri seperti biasa. Makan pun perlu guna straw.

“Dia sudah menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan perlu menjalani rawatan susulan selepas ini.

“Saya dan isteri tabah menghadapi dugaan ini dan berharap Muhammad Fawwaz dapat pulih seperti biasa,” katanya. 

Terdahulu, kanak-kanak ini mengalami cedera parah di kepala selepas dihempap peti ais setinggi kira-kira 1.8 meter di rumah keluarganya di Nilai. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 8-8-2019 06:49 PM
masih tak terbayang rupa peti ais tu..
Quote anarina 8-8-2019 07:05 PM
Harapnya doc tak sugarcoat atau beri harapan pelesu, kesian parents
Quote hepycutey 8-8-2019 07:16 PM
Kesiannyaa,bila malang tak berbau. Sekelip mata je jadi
Quote lilbub 8-8-2019 08:03 PM
Gws adik. Semoga parents tetap tabah.
Quote moonbug 8-8-2019 08:16 PM
Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya Fawwaz
Quote diggerr 8-8-2019 10:37 PM
Moga lekas sembuh
Quote diggerr 8-8-2019 10:37 PM
Moga lekas sembuh
Quote Rob07 9-8-2019 05:30 AM
anarina: Harapnya doc tak sugarcoat atau beri harapan pelesu, kesian parents

Kan? Kena cakap benda yg betul.. kalau tak boleh sembuh sampai bila2 tolong bagitau awal2..
Quote bbbebeh 9-8-2019 09:08 AM
kene buat intensive physiotheraphy  , ot and speech theraphy...moga diberikan kesembuhan dgn cepat
Quote cap_ayam 9-8-2019 09:28 AM
Selamat berubat nak.. inshaAllah sembuh semula ye macam biasa.. boleh pegi tadika, main bola .. inshaAllah
Quote moonbymoon 9-8-2019 09:40 AM
Kesiannya adik.... Semoga Allah permudahkan dan diberi kesembuhan seperti sediakala. Amin.
Quote natrahn 9-8-2019 10:38 AM
Semoga cepat sembuh baby.. Semoga Allah mudahkan urusan keluarga ni..
Quote mieymiey 9-8-2019 11:44 AM
Ya Allah, kesiannya adik ni. Semoga diberikan kesembuhan
Quote LadyCarefree 4-11-2019 09:52 AM
Itulah penting ada insurans. Anak dlam perut, start beli. Jngan ambil mudah pastu minta derma
Quote batmana 4-11-2019 11:11 AM
cmne leh terhempap ni?
Quote Kurex 4-11-2019 11:41 AM
semoga sembuh seperti sediakala anak....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.324586 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top