CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Pelajar Malaysia Saman Utah State University, Didakwa Gagal Tangani Kes Buli

9-8-2019 10:48 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3223| Komen: 6|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Mendiang Jerusha Sanjeevi mengikuti pengajian peringkat Ph. D. di USU. Kredit foto: Carian Google


Keluarga pelajar Malaysia, mendiang Jerusha Sanjeevi yang membunuh diri pada April 2017 telah memfailkan saman terhadap Utah State University (USU), Amerika Syarikat (A.S.) baru-baru bagi menuntut pampasan atas dakwaan jabatan psikologi universiti tersebut gagal menangani insiden buli yang membawa kepada kematian wanita itu.

Jerusha yang ketika kejadian berusia 24 tahun mengikuti pengajian doktor falsafah (Ph. D.) dalam jurusan psikologi di USU.

Memetik laporan The Herald Journal, saman difailkan oleh oleh keluarga mendiang melalui firma guaman Anderson & Karrenberg di Mahkamah Daerah A.S., Salt Lake City pada 30 Julai lalu.

Kampus USU di Logan, Utah. Kredit foto: Carian Google


USU turut didakwa gagal bertindak sebagai pengantara dalam konflik antara Jerusha dan pelajar lain yang disyaki membulinya.

"Saya berharap USU akan melihat perkara ini secara mendalam dan terperinci.

"Saya juga berharap ia akan membantu keluarga mendiang di Malaysia dari segi kewangan," kata Richard Kaplan, seorang peguam dari firma tersebut.

Walau bagaimanapun, jurucakap USU, Amanda DeRito dalam satu kenyataan menafikan segala tuduhan berkenaan dan menegaskan bahawa pihak universiti telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu peribadi antara para pelajar dalam jabatan terbabit. 

Selain USU, empat defendan yang dinamakan dalam tuntutan undang-undang itu ialah ketua jabatan psikologi USU, Gretchen Peacock; profesor psikologi USU, Melissa Tehee dan dua pelajar yang didakwa membuli Jerusha.

Jerusha yang berdarah campuran Cina dan India dikatakan sering diganggu dengan kata-kata berunsur penghinaan daripada pembulinya seperti "orang Asia hanya mahu memuaskan hati ibu bapa mereka" dan "nama-nama orang Asia adalah pelik".

Mendiang telah menyuarakan kebimbangannya tentang isu itu kepada Tehee yang seterusnya bersemuka dengan kedua-dua pelajar berkenaan.

Namun, seperti yang dijelaskan oleh Jerusha kepada teman lelakinya, Matthew Bick, Tehee dan seorang pelajar lain tidak mengambil serius tentang kebimbangannya.

Jerusha dan teman lelakinya, Matthew Bick. Kredit foto: The Herald Journal

Mendiang dikatakan telah dibuli lebih teruk selepas itu termasuk diejek kerana warna kulitnya sebelum dia membunuh diri.

Sentimen perkauman masih wujud di A.S. walaupun negara itu sering mendabik dada sebagai pejuang hak yang saksama untuk semua kaum dan jantina di seluruh dunia. - CARI
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dineo 9-8-2019 11:15 AM
momod please katup or merge
thread yg sama dah ada la TT
dah berpage2 org bergasak pasal kelly kettty ni
Quote Ina8895 9-8-2019 12:12 PM
Kesian boifren dia. Hensem jugak. Dah ada pengganti ke?
Quote aijinmisaki 11-8-2019 06:36 PM
Ina8895: Kesian boifren dia. Hensem jugak. Dah ada pengganti ke?


Tak hensem pun. Teruknya taste hang
Quote AnggurHitam 12-8-2019 09:50 PM
aijinmisaki replied at 11-8-2019 06:36 PM
Tak hensem pun. Teruknya taste hang

di mata dia kot hensem
Quote LemakPetai 12-8-2019 10:55 PM
Mata org yg mandang kecantikan ni tak sama. Pada i tak la hensem...tp idak ler buruk...setakat ok..ok jer
Quote Ina8895 6-10-2019 09:54 PM
Orang putih memang kuat rasis

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 1.229304 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top