CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lidah Anjing Kesayangan Terpotong, Pemilik Mengamuk Minta Ganti Rugi RM66 Ribu

17-8-2019 09:20 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8766| Komen: 40|Original author: Sang_Pencinta

Bagi ramai orang, haiwan kesayangan sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Jadi bayangkan bagaimana perasaan anda jika haiwan kesayangan yang anda hantar ke pusat dandanan tiba-tiba dikembalikan dengan keadaan lidah 'terpotong'? Pasti  marah, terkejut dan sedih, bukan?



Kredit foto: Facebook


Itulah yang berlaku kepada seorang pemilik anjing di Singapura bernama Mr. Lee yang menghantar binatang kesayangannya bernama Mario ke sebuah pusat dandanan haiwan bernama Pawschukang, Selasa lalu. Beberapa jam kemudian, lelaki itu mendapat panggilan daripada pemilik pusat dandanan mengatakan terjadi kemalangan kecil mengakibatkan lidah Mario tercedera. 

'Kerana suara pemilik pusat dandanan yang kedengaran tenang, saya menjangkakan hanya luka kecil jadi saya bersetuju untuk berjumpa dengannya di klinik haiwan berdekatan' kata Mr. Lee Bagaimanapun beliau terkejut apabila mendapati, kecederaan yang dimaksudkan bukanlah kecil sebaliknya sebahagian lidah Mario telah terpotong!



Kredit foto: Facebook


Lebih menjengkelkan, Mr. Lee berkata Mario dipersalahkan oleh pemilik pusat dandanan sebagai anjing yang terlebih aktif dan tidak mengaku salah.



Kredit foto: Facebook


Geram dengan kecuaian itu, Mr. Lee kini menuntut  SGD$22,000 (RM66,610) daripada pusat dandanan tersebut. 'Mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk membawa Mario ke klinik haiwan, doktor berkata lidahnya boleh dijahit semula jika dibawa lebih awal' kata Mr. Lee lagi.



Kredit foto: Facebook


'Walaupun pusat dandanan bersetuju membayar bil rawatan dan bekalan makanan kepada Mario serta sumbangan kepada badan amal, saya rasakan mereka tidak ikhlas' tambah Mr. Lee lagi. Bagaimanapun, pusat rawatan itu menafikan semua tuduhan Mr. Lee dan kakitangan yang membuat kesalahan itu sudah memohon maaf.

Kredit foto: Facebook


Sememangnya satu jumlah tuntutan yang tinggi, tetapi adakah tindakan Mr. Lee ini wajar ataumelampau? - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 17-8-2019 09:24 AM
Nasib baik jadi kat spore. Klu kat msia najib nanti dipersalahkan
Quote kakakko 17-8-2019 09:35 AM
Wajar jeee... Apsal pulak salah anjing tu. Normal lah anjing/kucing ni ganas2 sikit bila grooming. That's not their nature pun.
Quote Sang_Pencinta 17-8-2019 09:40 AM
Kesiannya doggy tu
Quote kivio 17-8-2019 09:50 AM
Yes salah tukang kedai.
Tapi kalau nak claim sampai 66k, hahahahahaha babai.
Kiamat belum tentu dapat.
Quote Buritan 17-8-2019 09:53 AM
Comei anjing tuu..
Quote CiliPadiSedap 17-8-2019 09:54 AM
anjing cmni confirm pandai foreplay ketika mereka mengawan
Quote Mooverine 17-8-2019 09:59 AM
Kesiannya... Sakit tu.
Quote -Suri- 17-8-2019 10:27 AM
Aduii..sian anjing tu
Quote sukacactus 17-8-2019 10:29 AM
Adoi kesiannya
Dah la comey
Quote beloomberk 17-8-2019 10:57 AM
K3siannya mario..
Quote LadyCarefree 17-8-2019 11:25 AM
Minta SGD50k. Sbab nanti diorng nego.
Quote Sang_Pencinta 17-8-2019 11:51 AM
Mesti dia menyalak pun dah kedengaran ganjil
Quote Iris. 17-8-2019 12:05 PM
Kesiannya....
Quote sehirkedi 17-8-2019 12:52 PM
Naya punya kes.. Cian anjing tu... Selayaknya kena saman sebab cuai...
Quote mbhcsf 17-8-2019 12:59 PM
Edited by mbhcsf at 17-8-2019 01:01 PM
tobby replied at 17-8-2019 09:24 AM
Nasib baik jadi kat spore. Klu kat msia najib nanti dipersalahkan

ya Allah

adehh u ni ke  situ pulak

iskkk nama kedai pun PAWSCHUKANG hmmm...

well...what do u expect.

lain kali pet ni hehati dan jaga yg mana patut . takke naya jadi macam ni , dia nak minum ayaq macam mana tu ...makan...susahlah


Quote R2D2 17-8-2019 01:14 PM
tobby replied at 17-8-2019 09:24 AM
Nasib baik jadi kat spore. Klu kat msia najib nanti dipersalahkan

ya
Dong Zong
Cina, India DAP confirm la meroyan


Quote MsKathryn 17-8-2019 01:26 PM
Kesiannya puppy...
Quote MenteriWanita 17-8-2019 01:26 PM
Sebelum buka pusat kecantikan haiwan pergi dulu kursus how to handle this creature, kau pikir nak untung jer, hak orang kau tak mau jaga dasar kapitalist,

Staff semua patut ada sijil untuk service pet, melabur sikit kat staff, bukan dapat untung beli kereta 4 biji lagi, tak memasal staff yang disalahkan,

Kalau kau hantar dorang pergi kursus yang bagus tak ada nak jadi macam ni, berniaga pandai, jaga staff bodo sampai effect kat customer's pet,

Quote natrahn 17-8-2019 02:58 PM
malang tak berbau...nak suruh binatang behave ni mcm payah sikit sebab binatang ada otak je akal takde...Alangkan manusia yang berotak + berakal pun kadangkala sukar dikawal... inikan pula binatang...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054718 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top