Sejak kebelakangan ini banyak kes yang tidak baik melibatkan pembantu rumah, namun begitu kita tidak seharusnya melabel kesemua pembantu rumah jahat.
Masih ramai pembantu rumah yang rajin dan bertanggungjawab menjalankan tugas mereka. Baru-baru ini isteri kepada pelawak Fad Bocey, iaitu Nur Syahirah A Rahman berkongsi momen terakhir pembantu rumahnya bersama anak-anak sebelum dia pulang ke Indonesia. "Terima kasih bibik untuk dua tahun kenangan pahit manis kita. Terima kasih uruskan anak-anak tanpa mengeluh." "Bye bibik, after we go through so many helper dan Titin Patimah yang paling last dan bertahan selama 2 tahun lebih. Dia manusia pasti buat silap, bila buat silap tentunya kita jadi singa."
"Tapi tak penah simpan dalam hati bila marah dia, hanya marah waktu salah dan lepas tu lupakan sebab bila kitorang kerja dialah yang urus rumah, jaga anak-anak, suap anak-anak makan, masa masak dialah tolong melayan anak-anak dan macam-macamlah."
"Kalau anak-anak biadap dengan dia, tak penah daddy diorang biarkan. Kau buat bibik depan kitorang ha memang siaplah daddy dia bedal. Please doakan bibik balik semula," tulisnya di Instagram.
|
mieymiey replied at 8-8-2019 12:13 PM
So????????
LadyCarefree replied at 8-8-2019 12:28 PM
Kasik chans la nk meriak jap
LadyCarefree replied at 8-8-2019 04:28 AM
Kasik chans la nk meriak jap
ADVERTISEMENT