Semua dah tahu rasanya Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Walau belum dikurniakan zuriat pun mereka berdua memang bahagia dan saling menyakat, bergurau senda antara satu sama lain.
Tengok saja di Instagram, penuh video-video suami isteri ini. Ada satu yang menarik perhatian bila Awin menconteng muka Izzue ketika dia tidur. Memang tergelak-gelak Awin ketika merakam Izzue yang tidak menyedari mukanya sudah penuh dengan contengan pen.
Kapsyen Izzue, "Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin . Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau ape2 je lah yg ade pada aku." Di ruangan komen, ramailah yang kata mereka berdua ni sangatlah comel dan sweet. Tapi, ada juga yang meluat dan menyampah. Tambah teruk bila ada yang menuduh Awin sebagai seorang isteri yang biadab! "Elok sangatlah aibkan suami sendiri macam tu. Memang masuk neraka sebab derhaka" Aduhai! Kan dah kena dengan kecaman 'acik bawang'. Bukan semua boleh terima gurauan macam ni. Betul tak? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|