Seringkali menjadi teguran dan buah mulut, sikap pengguna jalan raya yang keras kepala terus menggunakan lorong kecemasan ketika laluan trafik sedang sesak.
Namun, dalam pada itu rupanya golongan yang bermotosikal yang sering dipandang serong telah banyak membantu dalam menangani masalah ini. Difahamkan, menurut satu posting di Twitter, golongan rider inilah yang harus dipuji kerana mereka sering membantu mengusir kenderaan degil yang melalui laluan kecemasan ini. “Golongan rider (penunggang motosikal) inilah yang terlalu banyak membantu kami selaku petugas kecemasan ketika dalam perjalanan. “Untuk rider (penunggang motosikal) sekalian, jasamu dikenang, budimu disanjung,” kata seorang paramedik yang tidak dinamakan menerusi Twiiter Malaysia Most Virall. Katanya lagi, pemandu yang biadap dan mementingkan diri dengan melalui lorong kecemasan ini akan menyukarkan pihak ambulans memberi bantuan kecemasan kepada mangsa nahas. Dalam pada itu, ada di kalangan warganet yang mencadangkan agar kerajaan menarik semula lesen pemandu yang degil ini. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT