Tidak sampai sebulan, seorang lagi wanita dilaporkan melecur selepas tong gas memasak meletup. Utusan melaporkan, kejadian berlaku di rumah mangsa di Kota Sultan Ahmad Shah (Kotasas), Kuantan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Sani Harul mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 9.06 pagi tadi sebelum mengerahkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan ke lokasi. Katanya, sebaik tiba, mereka mendapati seorang wanita melecur sebanyak 50 hingga 80 peratus akibat letupan gas. Tambahnya, anggota telah memastikan tiada sebarang punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. - CARI |
Padelpop: Takutnyeee. Ni yg rase xnk masak ni
Padelpop replied at 7-8-2019 02:21 PM
Takutnyeee. Ni yg rase xnk masak ni
cmf_premierleag replied at 7-8-2019 03:14 PM
pakai jah induction / electric cooker
senang
hatikudus replied at 7-8-2019 03:17 PM
Ujung bulan ni nak cari induction cooker, takleh jadi gini
Pink_Purple replied at 7-8-2019 03:56 PM
check la hos tu kut bocor...tukar
ADVERTISEMENT