Kisah hidup kerabat Diraja Kelantan sememangnya sering menjadi tumpuan ramai terutama sekali apabila membabitkan cerita perkahwinan mereka. Perkahwinan di antara Sultan Muhammad V dan Rihanna Oksana, seorang model serta bekas ratu Moscow dari Rusia antara yang paling mendapat perhatian ramai susulan pelbagai kontroversi yang meletus selepas beberapa bulan melangsungkan pernikahan tahun lalu.
Sebelumnya, mungkin ramai yang masih mengingati perkahwinan YAM Tengku Muhammad Fakry Petra, Tengku Temenggung Kelantan dengan seorang model muda dari Indonesia, Manohara Odelia Pinot pada 26 Ogos 2008 yang turut mencetuskan huru-hara. Ini berikutan tuduhan Manohara bahawa beliau telah didera sepanjang perkahwinan menyebabkan beliau melarikan diri ke Indonesia. Perkahwinan mereka turut musnah berkecai kurang dua tahun selepas berlangsung dengan penuh meriah.
Kini, satu lagi pasangan kerabat negeri itu menjadi tumpuan apabila YTM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu dengan kenalan lamanya, Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson, seorang warga Sweden. Seperti Rihanna, Cik Puan Sofie juga telah membuka akaun Instagram (@ljo_) dan turut memaparkan kehidupannya selepas menyertai kerabat negeri itu. Bagaimanapun, jauh berbeza kandungan yang dipaparkan di media sosial masing-masing. Di ketika akaun Rihanna (@rihannapetra) menayangkan kisah hidup mewah, glamor dan penuh tanda tanya, akaun Cik Puan Sofie pula banyak menunjukkan kisah hidup beliau bergaul dengan rakyat Kelantan dalam banyak aktiviti kemasyarakatan seperti jualan amal dan lawatan kebajikan dengan suaminya. Selain itu, Cik Puan Sofie juga turut menunjukkan banyak bakatnya yang terpendam seperti memasak, membuat kek dan menjahit baju kurungnya sendiri.
|
Sang_Pencinta: Sopiah macam jenis highly educated kan?
natrahn replied at 7-8-2019 11:18 AM
Welcome back sang pencinta
ADVERTISEMENT