Sejak kebelakangan ini, banyak betul gambar cikgu cantik dan tampan tular di media sosial. Silap-silap, bukan anak sahaja rajin ke sekolah, mahu ayah mereka sekali tunggu depan pagar setiap hari!
Terbaru, seorang guru praktikal tular di serata media sosial kerana wajahnya yang ayu. Melihatkan rupa ayunya, memang tidak hairanlah kenapa penuntut bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini menjadi popular dalam beberapa hari ini. Dikenali sebagai Jessica Robert Stephen 23, guru cantik ini sedang menjalani praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Tersang, Raub, Pahang.
Menerusi Harian Metro, Jessica menjelaskan bahawa dia adalah anak jati Miri Sarawak dan merupakan salah seorang komuniti etnik Lun Bawang yang agak minoriti di Bumi Kenyalang itu. "Pelbagai reaksi saya terima apabila saya memberitahu saya suku Lun Bawang, tapi saya tidak marah kerana memang ramai tidak mengetahui mengenai kaum saya," ceritanya. Para pelajar di bawah didikannya juga keliru melihat mukanya yang nampak seperti campuran selain terpegun melihat kecantikan guru mereka itu. "Cikgu asal mana? Cikgu ada campuran Cina atau orang putih? Orang Sarawak memang cantik macam cikgu ke," ujar mereka. |
rosasen replied at 7-8-2019 10:35 AM
nape aku tgk biasa je
Boomibulat replied at 7-8-2019 10:54 AM
Semoga dapat ulangkaji dgn cikgu tiap2 malam..
zuuu replied at 7-8-2019 12:58 PM
Kurex 2.0???
ADVERTISEMENT