Seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah di Kuala Terengganu hidup dalam ketakutan selepas menerima pesanan berbaur ugutan bunuh melalui Instagram peribadi miliknya. Sinar Harian melaporkan, mangsa berusia 28 tahun menerima ugutan yang mahu membakarnya sehingga mati kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat lalu.
Selain itu, mesej dihantar pengguna akaun dengan nama 'judinxx' terbabit turut berbaur kebencian terhadap pihak madrasah sebelum ini. Kata sumber, ustaz berkenaan yakin mesej dihantar bermotifkan rasa tidak puas hati dipercayai berikutan pembuangan lima pelajar madrasah kerana masalah disiplin. "Pada Jun tahun lepas, mangsa ada membuang seorang pelajar tetapi pihak madrasah masih memberi kelonggaran kepada pelajar itu membuat rayuan untuk terus kekal belajar di madrasah tersebut. "Bagaimanapun keluarga pelajar itu dengan rela hati memilih untuk memberi surat berhenti sekolah, namun dengan cara biadab apabila melemparkan surat tersebut kepada pengurusan madrasah," katanya kepada Sinar.
Difahamkan, pihak madrasah sekali lagi membuang empat pelajar bermasalah pada April lalu. Ekoran itu, mangsa yakin mesej berbaur ugutan itu ada kena mengena dengan pembuangan pelanajr terbabit. Bimbang keselamatan dirinya terancam, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos yang mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut bunuh. - CARI
|
Buritan: Ade sebahagian anak anak madrasah ni dihantar oleh mak pak yg dah tak tau nak buat ape dgn anak dahh.. tetap kelaut dlm jugaklaa budakk ittew.. yg ken ...
ADVERTISEMENT