Membanggakan!
Dua lagi artis diberi pengiktirafan dalam Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100MIYE) iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Fara Fauzana. Dianugerahkan Usahawan Muda Paling Berpengaruh membuktikan kedua-dua selebriti ini memberi pengaruh yang besar kepada peminat mereka sendiri. Majlis berprestij yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) turut dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf usahawan muda tempatan yang berani, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang dan industri diceburi mereka. Tidak menghairankan kerana selain menyanyi, Siti turut aktif dalam bidang keusahawanan. Apatah lagi kini sedang giat mempromosikan beberapa produk rangkaian di bawah syarikat miliknya, SimplySiti. Sementara itu, Fara Fauzana yang turut memiliki salah satu cawangan minuman berasaskan bubble tea, Chatime meluahkan rasa syukurnya apabila diberi penghormatan sedemikan. Kongsi Fara lagi menerusi laman Instagramnya, pengiktirafan itu tidak akan berjaya tercapai sekiranya tanpa bantuan dan sokongan dari dua orang lagi sahabat karibnya Faizal Ismail dan Tini Ariffin yang juga pengasas bersama hab kandungan digital, DBilique. DBilique ialah satu platform digital yang memaparkan slot wawancara gaya hidup selebriti-selebriti terkenal tanah air sebagai artis undangan mereka. Wah! Seiring dengan peningkatan usia, mereka juga memberi impak terhadap industri keusahawanan. Berita ini harus diwar-warkan supaya orang tahu dunia hiburan bukan sekadar kisah gosip kahwin cerai sahaja. Moga ia mampu menjadi contoh kepada anak muda diluar sana. - CARI |
immaryjane replied at 6-8-2019 07:03 PM
2xHajjah kebanggaan ummah mana?
Orix replied at 6-8-2019 07:44 PM
fafau ad bisnes apa selain Chatime?
RVP20 replied at 6-8-2019 09:51 PM
Selebriti yg dapat award tahun ni :
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fasha Sandha, Awal Ashaari, Nelydia ...
ADVERTISEMENT