Pengacara yang bukan sahaja cantik tetapi juga bijak, Viviana Abdullah baru-baru ini menceritakan kesukarannya mencari rezeki halal walaupun bergelar mak nyah.
Dilaporkan instaonline.com, Vivi berkata semua dugaan itu ditelannya kerana dia yakin "Allah ada bersamanya". "Dugaan paling teruk sepanjang saya menjadi pengacara adalah pihak penganjur mengambil kesempatan ke atas isu mak nyah untuk tidak membayar baki bayaran kepada saya. "Alasannya, bos besar tak suka kehadiran mak nyah, tetapi dia yang jemput saya sebagai pengacara. Tidak mengapa, hanya Allah mampu membalasnya. "Saya juga pernah melalui situasi, di mana saya muncul di pentas utama untuk membuat kata- kata pembukaan, ada beberapa tetamu yang berada di meja itu bangun lantas meninggalkan majlis. "Saya rasa sedih dan kecewa sangat dengan tindakan mereka. Kalaulah bencikan saya sekali pun, janganlah sampai menghukum saya sebegitu. Sekurang-kurangnya, bagilah saya ruang untuk tunjuk bakat yang ada dalam mencari rezeki halal," katanya. Dia menganggap semua itu dugaan dan menyeru semua mak nyah untuk menggambarkan sisi baik kepada masyarakat supaya tidak dipandang negatif. "Apa yang penting kita (mak nyah ) haruslah mempamerkan sisi mak nyah yang positif dan baik kepada masyarakat yang mungkin sebelum ini mereka tidak pernah lihat. Jangan cetus kontroversi tak perlu Foto: Instagram "Kurangkan cetus kontroversi diri kerana ia bakal mengeruhkan lagi keadaan yg sedia ada ini. JUJUR ,TELUS , BERILMU ,SOPAN inilah yang perlu diterapkan dalam diri dan ini jugalah yang harus dipamerkan kepada mereka di luar sana," katanya. Begitulah kehidupan. Kadang-kadang golongan yang sering dikecam begini perlukan peluang untuk cari rezeki dan janganlah terlalu menghukum mereka. Apa kata anda? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|