CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tulisan Arab Dibuang, Tanda Halal Diturunkan" - Arahan Terbaharu Kerajaan China

23-9-2019 11:19 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7691| Komen: 29|Original author: natrahn

Umat Islam di China tidak menikmati kebebasan beragama walaupun secara rasmi Kerajaan China menjamin kebebasan tersebut. Kerajaan China tetap berkempen membawa rakyatnya supaya selari dengan ideologi Parti Komunis. 


Terkini, Kerajaan China mula memerintahkan semua restoran milik rakyat Muslimnya di Beijing tidak lagi memaparkan tanda 'halal' dalam tulisan Arab atau China.
 
Kredit foto: Utusan Malaysia - Restoran di Daerah Niujei, Beijing di mana tanda halal telah diarahkan ditutup dengan tape sebelum dipadamkan secara kekal.
 
Terdapat 1,000 buah restoran halal di Beijing, China. China juga merupakan negara yang mempunyai populasi 20 juta orang yang beragama Islam. 


Lapor Channel News Asia, tindakan tersebut dilihat sebahagian usaha China meluaskan usaha 'sinicize' atau menerapkan nilai-nilai China oleh kerajaan kepada populasi Muslim. 
 
Kredit foto: REUTERS

Pihak berkuasa Beijing, China mengarahkan restoran dan gerai halal membuang sebarang tanda - tulisan dan simbol arab(bulan dan bintang) yang dikaitkan dengan Islam yang menunjukkan bahawa sesuatu restoran itu adalah halal termasuklah perkataan Bismillah atau kalimah (tayyibah atau syahadah).  

Penguatkuasaan larangan ini telah dilaksanakan dan tindakan membuang atau menurunkan sebarang tanda berkaitan tersebut mesti dibuat serta merta dan dipantau pegawai penguatkuasa. Malah, terjemahan dalam bahasa Cina untuk halal juga tidak boleh digunakan lagi. 

Kredit foto: REUTERS

Usaha menerapkan nilai-nilai China oleh kerajaan ini termasuklah mengeluarkan kubah bercorak Asia Barat pada kebanyakan masjid di China. Oleh itu, kebanyakan masjid di China dibina dengan bentuk pagoda untuk menunjukkan identiti budaya cina. 

Parti Komunis kerajaan bimbang akan pengaruh asing yang boleh membuatkan kumpulan keagamaan sukar dikawal. Kerajaan China melihat Bahasa Arab sebagai bahasa asing dan ilmu yang diperoleh dianggap sesuatu di luar bidang kawalan kerajaan.

Langkah-langkah itu dikatakan sebahagian daripada “usaha untuk mencipta normal baru”. Normal ke? Apa pandangan anda? - CARI 
3

Bagus
22

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 23-9-2019 11:27 AM
panggil smua bagsa cina kau blik chinaland
Quote koko2 23-9-2019 11:52 AM
Ummah Islam sedunia Wajib protes kelakuan China ni..
Quote kon2 23-9-2019 11:55 AM
xyah la sesapa teringin berbackpacker ke China or melancong. Boikott selagi mampu
Quote nad014 23-9-2019 11:56 AM
ala habis tu kita melancong ke sana , mcm mana nak tahu restoran halal ke tidak?
kena tanya tourist guide ke ?
betul 2 dah mula langkah ni , mainland ni  .masuk je tahun 2020 ...
Quote cmf_almondpecan 23-9-2019 11:58 AM
koko2 replied at 23-9-2019 11:52 AM
Ummah Islam sedunia Wajib protes kelakuan China ni..

Bukan setakat umat Islam. Kalau benar, semua manusia yang waras perlu protes.

Quote pumpkingirl 23-9-2019 12:09 PM
Kurang ajar..padahal orang cina berbondong2 merempat negara orang lain buat taik..lepastu tulisan cina merata negara lain tak rasis keji pun mcm prc
Quote Asdan 23-9-2019 12:10 PM

negara orang, bukan tugas kita masuk campur
Quote yuki812 23-9-2019 12:24 PM
tulis je rumi.
dah dia ckp dlm arab atau china tak leh kan..
Quote Andyscenes 23-9-2019 01:06 PM
Untung cina kat malaysia ni. X di paksa mcm mainland. Siap hidup berharmoni lagi..
Quote keds 23-9-2019 02:28 PM
Sila panggil semua orang kau balik negara kau tu....
Quote kopokleko 23-9-2019 02:37 PM
Langit dengan bumi dengan Sepet Malaysia. Punya baik Kerajaan layan sampai buat tanda halal palsu, produk halal palsu pun boleh. Saja bangsa sepet malaysia ni paling tak bersyukur di dunia.
Quote Simunggu 23-9-2019 02:50 PM
di sini mereka bebas buat apa shj....sedih
Quote TalibanRock 23-9-2019 02:57 PM
fahaman komunis x beragama..semua nk dictate ini xboleh itu xboleh..makan anjing sana diam2 da lah..
Quote fizamn 23-9-2019 03:59 PM
teruk sungguh kerajaan China... itu utk org muslim makan senang..
Quote 3480 23-9-2019 04:08 PM
So, cina sni yg rasis sgt, yg bangga gila dgn puak dpa, yg pandang rendah bgsa, agama lain bole blk China sana negara nenek moyang hampa.. sukati la hampa nk buat pa pon.. kmi x masuk campoq
Quote zjen 23-9-2019 04:15 PM
ala,  deols pon bukan haram bahasa Melayu,  bahasa Arab pon bukan budaya weols,  sibuk watpe

tuhan weols Allah,   tak bermaksud bahasa Arab budaya weols

Arab dan Yahudi sama DNA,  keturuan sama,  cerita agama sama ...  org Arab dah lama izinkan Yahudi dok kat bumi Arab
Quote tripleid 23-9-2019 09:17 PM
Edited by tripleid at 23-9-2019 09:19 PM

Bimbonya sis..konon nk pulau x nk mlancong kat prc bgai.mcm lah prc tu hadap sgt dgn plancong muslim.kalo industri plancongan muslim penting kt sana,so xde la dorg buat benda merepek ni..btw tourism sector contribute brp persen jah dlm gdp prc..kalo dh gian sgt nk mlancong negara sepet pergi je taiwan.sana mmg gigih dok promote  muslim tourism smp lantik mek mira filzah jd duta nk tarik ummah melibur kt sana
Quote Foxey 23-9-2019 09:37 PM
Nampaknya akan jadi destinasi pelancongan least dipilih oleh Muslim la ni. Mana nak tau kat mana ada jual makanan halal kalau dah buat macam tu
Quote pyropura 23-9-2019 09:45 PM
Bersyukur banget lah kita Moslem di Muleysia, betapa baiknya Cina2 kat sini, tinggi toleransi, tak tergamak depa buang tulisan halal misalnya

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037993 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top