Bila bercakap tentang penyakit gout, kita selalu membuat andaian ia disebabkan tabiat pemakanan tidak terkawal seperti makanan laut, daging merah dan kekacang.
Penyakit gout boleh menyebabkan pesakit mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan. Malah, kalau sudah capai tahap kronik, kehidupan harian pun akan terganggu sampai boleh menyebabkan kecatatan sendi dan otot.
Sesiapa yang pernah tengok orang sakit gout mesti tahu betapa sakitnya penyakit ni. Tetapi, tahukah anda gout juga boleh disebabkan gula berlebihan? Gula yang dimaksudkan adalah gula fruktosa atau bahasa mudahnya gula pasir putih yang memang kita telan setiap hari itu. Gula ini sifatnya manis dan memang disukai ramai lebih-lebih lagi orang Asia yang memang sukakan benda manis. Menurut laporan The Diagnosa, pengambilan gula fruktosa dalam air bergas secara kerap boleh menyebabkan penyakit gout. Bukan sahaja air bergas, jus buah dalam kotak itu pun mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit gout. Antara contoh makanan lain yang tinggi kandungan gula sehingga boleh menyebabkan gout jika diambil berlebihan:
Jadi, berpada-padalah makan ya. Jangan anggap gout terjadi sebab makan makanan laut atau daging merah sahaja! - CARI |
ADVERTISEMENT