CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isu Drama LGBT: "Takkan Asyik Nak Buat Drama Mustapha Kamal Minum Fresh Orange Tepi Pool?"

5-8-2019 12:43 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 25586| Komen: 143|Original author: Oleh: Shimmer Shine


Kontroversi drama Demi Tuhan Aku Bersaksi lakonan Syafie Naswip masih diperkatakan walaupun dramanya belum pun ditayangkan lagi. Pembongkaran mengenai isu LGBT dan kaitannya dengan pusat tahfiz membangkitkan kemarahan segelintir individu. 



Namun kali ini bukan itu yang mahu ditulis. Sebaliknya mengenai warganet membuat jenaka terhadap drama-drama tempatan yang lebih terarah kepada tema bisnes korporat. Antara watak utama yang dijadikan bahan lawak ialah peranan ayah atau CEO yang dipegang oleh Mustapha Kamal.

Disebabkan kerap memegang watak sebagai ahli korporat yang lebih 'daddy', warganet begitu 'terkesan' dengan wataknya yang minum air 'fresh orange' di dalam kebanyakan drama lakonannya.



Dialog yang dilontarkan oleh Mustapha Kamal sangat berkesan di hati mereka sehingga terngiang-ngiang seperti 
"Papa tak nak perkara ini menganggu bisnes papa." dan "Cancel semua meeting saya hari ini."


Maka ramai warganet turut berkongsi dialog yang pernah dituturkan olehnya.

"Papa dah lambat. Papa pergi dulu." - meninggalkan meja dengan makanan yang boleh dimakan oleh 10 orang.
Selain itu, watak korporat yang sentiasa tidak sempat bersarapan agak sinonim dengan drama Melayu hinggakan ia dikaitkan dengan sikap orang Melayu yang suka membuat kerja di saat-saat terakhir. 
Tidak hanya itu, nama Mak Jah adalah nama paling popular dalam mana-mana drama tempatan yang merujuk kepada orang gaji. Terlalu 'cliche' kata mereka.

 

Menariknya, pelakon baru yang juga adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha turut meninggalkan komennya yang sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Nampaknya walau turut berlakon dalam drama tempatan, Elisya mungkin juga tidak bersetuju dengan drama yang hampir sama setiap masa. 

 
Jadi, dengan segala komen daripada warganet mengenai betapa 'cliche'nya drama-drama Melayu hingga orang naik jelak menontonnya, jadi apa salahnya drama LGBT ini ditayangkan kerana ia adalah sisi yang harus diketengahkan untuk kesedaran orang ramai. 

Apatah lagi penerbitnya adalah Fadzil Zahari dan Yana Samsudin yang banyak berkongsi kes jenayah seksual kanak-kanak. Jadi, ambil sahaja pengajaran cerita ini ya. - CARI 
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 5-8-2019 12:48 PM
aku suke plak cite drama fasha sandha ngan fauziah nawi kat tv3 tu..
Quote haryatie 5-8-2019 12:58 PM
kan..sesekali tengok la yg  lain pulak
citer tamil, hindustan, korea ada jerk buat citer
menteri jahat, polis jahat, doctor jahat dn rasuah segalanya
kat malaysia jerk x bleh nak dedahkan realiti sebenar
disebalik apa yg kita nmpak mcam baik

Quote awanysss 5-8-2019 12:59 PM
lucu lucu pengguna twitter ni ye..
Quote Kurex 5-8-2019 01:12 PM
"awak.. Sudah2 la tu.. Dia kan baru balik.."
Quote violetungu 5-8-2019 01:14 PM
memang betul depa kata...aku tgk ja mesti xsempat sarapan tak pun mnm sambil nk berlari
Quote pumpkinpatch 5-8-2019 01:35 PM
“Jom dinner” menu: pasta/steak/fresh orange/jus tembikai. Hahahahha
Quote noraidil_06 5-8-2019 01:52 PM
Kurex: "awak.. Sudah2 la tu.. Dia kan baru balik.."


Lepas kau nye quote plak 'rebah di celah sapa2'
Quote FY08 5-8-2019 01:56 PM
Sarapan roti bantal..air fresh oren.. blm lg part mkn dkt rmh pki sudu garfu ikut etika restoran..mknn bhias bagai.. xde ms nya nk brias bagai gitu klu mkn dkt rmh
Quote matchstick 5-8-2019 02:05 PM
kesian mustapha kamal

skrg dh ada edika yusof tau..tp dialog lebih kurang jgk
Quote azimodin 5-8-2019 02:07 PM
iouls ok je movie yang bawak issue2 lgbt tapi harapnya adegan2 panas/controversial bukan bertujuan untuk publicity sahaja. tak semestinya kena tunjuk scene hempap2, goyang - cari la yang bersifat artistik sikit.ala2 bagi hint supaya viewer boleh fikir sendiri gichew.
Quote MentariSenja 5-8-2019 02:12 PM
Meols sokong 200% tayangan drama ni. Komen pasal MK tu memang win
Quote fushimi 5-8-2019 02:17 PM
awanysss replied at 5-8-2019 12:59 PM
lucu lucu pengguna twitter ni ye..

baru ko tau kami kami rakyat jelatan twitter land memang happy sentiasa
Quote nura19 5-8-2019 02:29 PM
Sesekali tonton kelainan tu bagus..
Quote awanysss 5-8-2019 02:29 PM
fushimi replied at 5-8-2019 02:17 PM
baru ko tau kami kami rakyat jelatan twitter land memang happy sentiasa

tp yg kaki sembang pun ramai kan
Quote RatuDunia94 5-8-2019 02:33 PM
Pastu bersembang kat restoran dgn gelas penuh air fresh oren. spagethi dlm pinggan x terusik.. then berlalu meninggalkan meja makan..

In reality. Pasangan couple kalau bergaduh pon makan tetap makan gaisss... kasi licin dulu pinggan baru blahh... hahaha
Quote epysha 5-8-2019 03:17 PM
FY08 replied at 5-8-2019 01:56 PM
Sarapan roti bantal..air fresh oren.. blm lg part mkn dkt rmh pki sudu garfu ikut etika restoran..mk ...

siap susun roti semua atas plate..sarapan dua org jah..lepas tu tak habis kena simpan balik dlm plastik tak?
mee goreng/ nasik goreng mcm buat 20 org mkn...
Quote mrseller 5-8-2019 03:27 PM
drama melayu, asyik asyik arkitek kepit  plan besar besar, minum minum dekat cafe sambil sembang projek, aku kawin dgn arkitek tadak pun mcm tuh.. huarghhhhhhh
Quote fizamn 5-8-2019 03:42 PM
minum fresh oren tepi pool remedy cite bermula dari zaman AR Badul utk org org kaya..
Quote chandrahusin 5-8-2019 04:01 PM
skrip wajib setiap drama melayu adalah
- Abg jgnlah risau
- Ayah jgnlah risau
- Mak jgnlah risau
- Awak jgnlah risau
pokoknya semua jgn risau
dr drama Gerak Khas ada skrip ni
smpai ke drama lain2

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.231302 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top