Muhammad Akmal Akif Alias, 23, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan rasa kesal kerana gagal menyelamatkan Allahyarham.
"Seandainya Zulfarhan masih hidup, saya mahu minta maaf kerana gagal selamatkan dia. “Saya nak sangat minta maaf kalau Allahyarham Zulfarhan masih hidup sebab tak dapat nak selamatkan dia. “Tapi saya sentiasa doakan dia. Kalau kita doakan dia di sana, saya percaya dia akan bantu kita dekat sini, Insya-Allah,” katanya kepada mStar Online seperti dipetik Utusan. Malah, Muhammad Akmal mengakui kejadian itu menjadi igauan ngeri buatnya dan masih dihantui perasaan takut berdepan masyarakat biarpun sudah dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.
"Selagi saya dikategorikan sebagai orang kena tuduh (OKT) ia bukanlah sesuatu yang mudah dan apa yang terjadi memberi kesan kepada saya dan keluarga. “Pelbagai kecaman dilemparkan, malah ada segelintir masyarakat memandang serong serta mempertikaikan keputusan mahkamah yang membebaskan saya sehingga saya berasa takut untuk berjumpa dengan orang luar,” katanya. Terdahulu, enam penuntut universiti berkenaan dipanggil untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh. Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. Selain itu, 12 penuntut universiti sama yang didakwa mencederakan mangsa turut dipanggil untuk membela diri. - CARI
|
harisbee replied at 5-8-2019 10:51 AM
Napa dia lepas?
harisbee replied at 5-8-2019 10:51 AM
Napa dia lepas?
sidewinder replied at 5-8-2019 11:01 AM
aku rasa dia join geng2 ni.....tp x join pukul sekali....dia perati je.....mungkin gelak2 sama2..... ...
kucingitam replied at 5-8-2019 11:54 AM
bukan dia eh yang masuk bilik nak ambil baju pastu nampak org ramai2 tapi terus je keluar?
fahima80 replied at 5-8-2019 12:02 PM
Itu org lain. Ilham ke apatah nama budak tu. Akmal akif ni memang takde langsung di tempat kejadia ...
kucingitam replied at 5-8-2019 12:08 PM
oo...ingat dia yang masuk bilik tu then tulis surat layang. bnyk sgt nama OKT keliru sudah.
man ...
ADVERTISEMENT