"Aku baru jumpa peguam untuk kemas kini perkembangan isu saman aku tu." Menerusi Instagram Instafamous Cik Epal, terlihat dia begitu teruja apabila proses samannya berjalan lancar.
"Semua valid ya untuk aku saman dan semua tengah dalam proses," ujarnya. Bagaimanapun, Cik Epal mendakwa masih ada pihak yang ingin dia saman kerana, tapi dibarkan dulu hasratnya itu. Nama Cik Epal semakin dikenali sejak isunya nekad menyaman beberapa netizen yang dikatakan menabur fitnah di Twitter terhadap dia dan suaminya Jofliam.
Isu panas itu mendapat perhatian beberapa selebriti dan yang paling lantang bersuara ialah pengarah michael Ang.
Berikutan itu, namanya semakin dikenali dan disebut-sebut warganet sama ada bertujuan mengecam mahupun memuji gaya hidup mewah dan kejayaannya dalam bidang perniagaan.
Siapa yang masih 'memekak' pasal Cik Epal tu? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|