Bagi sesiapa yang biasa menonton Buletin Utama TV3 setiap malam, pasti mengenali penyampai berita Hawa Rizwana. Walaupun baru berusia 24 tahun, dia bisa menggalas tanggungjawab berat dan membuktikan bakatnya.
Pernah tular sebelum ini kerana rupanya yang ada iras Neelofa, Hawa cuba tidak menggunakan kelebihan itu sebagai batu loncatan untuk menjadikan dia terkenal. Pun begitu, ada sahaja mulut netizen yang tidak berpuas hati dan menuduhnya menggunakan 'kabel besar' iaitu bapanya sendiri, Prof Datuk' Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman yang juga merupakan bekas pengacara terkenal. Hawa menerusi laman Twitternya telah menyangkal kenyataan itu, sekali gus ingin membersihkan namanya dan juga bapanya.
Hawa juga menjelaskan bahawa dia hanya meminta bantuan bapanya apabila dia ingin mendapatkan pendapat yang lebih mahir mengenai hal-hal penyampaian berita. Para netizen juga turut melahirkan rasa simpati kepada Hawa dan mendoakan dia terus kuat menghadapi cemuhan. Mereka juga memuji gadis ini kerana mempunyai bakat yang besar dalam bidang penyampaian berita. |
ADVERTISEMENT