CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Rayu Jangan Panggil UPNM Universiti Seterika

1-8-2019 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17141| Komen: 131

Masih lagi hangat dan ramai membicarakan tentang kes melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman sehingga IPTA itu turut terpalit dengan pelbagai tanggapan negatif. 


Ini sekaligus menyebabkan sekumpulan pelajar dari universiti tersebut tampil merayu orang ramai agar tidak terus melabel IPTA itu sebagai 'universiti iron' atau 'universiti seterika'.

Kredit foto: ProjekMM

Menerusi ruangan Twitter, pelajar itu berkongsi dua tangkap layar Instagram daripada seorang individu bernama Husin Jer. 

Dengan tujuan mahu membuka mata dan menyedarkan ramai pihak yang terus menerus menghina UPNM, pelajar ini juga mahu 'membina semula' nama baik IPTA itu. 


Anda boleh melihat status pelajar tersebut seperti di bawah.



Manakala, ini merupakan keratan Instagram daripada individu bernama Husin Jer yang dimuatnaik oleh pelajar tersebut di Twitter miliknya. 


Antara lain, dia mengingatkan UPNM sentiasa melahirkan ratusan pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang bakal mempertahankan negara kelak.

“Semestinya UPNM ada kelemahan tapi bersamalah kita perbaiki, bukan menjatuhkannya,” katanya.

Perkongsian di Twitter itu mendapat ulang kicau hampir 2,000 kali ketika artikel ini ditulis. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 1-8-2019 06:29 PM
apa yang masuk situ semua student 4flat ke? tanya je
Quote munchkin 1-8-2019 06:45 PM
Selayaknyalah. Universiti penyerika
Quote auntyonion 1-8-2019 06:47 PM
Tak blh.move on lg dgn pegawai yg buat bodo je bila dpt surat layabg dlm kes arwah Zulfarhan
Quote sarah82 1-8-2019 07:11 PM
Baik la iron dari aku panggil uni pembunuh kan
Quote leetaemin 1-8-2019 07:12 PM
Hebat sangat ke upnm sebelum kes farhan tu. Aku rase biashe-biashe je. Layak la kne cop uni streka..
Quote Zalimohd 1-8-2019 07:26 PM
Pegawai atasan bodo tuli
Quote harkktuih 1-8-2019 07:31 PM
Mungkin boleh tambah requirement nak masuk uni neh kena pandai iron uniform dgn baik..
Quote Tweety_Senrose 1-8-2019 07:46 PM
Kurex tak nak baring atas dada mereka ka?
Quote crazybeach 1-8-2019 08:01 PM
dah tu nak panggil apa? universiti pembunuh? universiti samseng? henry gurney uni? eh henry gurney tu orang kenal sebagai sekolah jahat takde pun student2 ke tenaga pengajar ke acik2 cleaner situ duk meroyan pasal imej nama baik bagai
Quote shamsadis 1-8-2019 08:13 PM
sampai kiamat dek, kecuali kalau tukar nama universiti tu ke nama lain
Quote pu3_rania 1-8-2019 08:15 PM
Ibarat peribahasa 'Seekor kerbau yang bawa lumpur, habis semuanya terpalit'
Quote kivio 1-8-2019 08:20 PM
Dah memang seterika pon?
Quote Tudunghitam 1-8-2019 08:46 PM
I hanya Tau kewujudan UPNM lepas kez zulfarhan
Quote Kakalongmu 1-8-2019 08:46 PM
Langkah pertama nak perbaiki nama,haramkan penggunaan seterika Kat upnm. nak iron baju guna tapak tangan jer...latihan fikizal gak tu..untuk menguatkan tapak tangan dan jari jemari
Quote mizzmimi 1-8-2019 08:52 PM
sarah82 replied at 1-8-2019 07:11 PM
Baik la iron dari aku panggil uni pembunuh kan

Bullseye..! Dah berapa ramai meninggal sebenarnya. Sorok bawah karpet. Betulkan dulu sistem tu tak payah nak samseng sangat.
Quote immi 1-8-2019 08:53 PM
Kakalongmu replied at 1-8-2019 08:46 PM
Langkah pertama nak perbaiki nama,haramkan penggunaan seterika Kat upnm. nak iron baj ...

SETUJU GILERR
Quote mizzmimi 1-8-2019 08:54 PM
crazybeach replied at 1-8-2019 08:01 PM
dah tu nak panggil apa? universiti pembunuh? universiti samseng? henry gurney uni? eh henry gurney t ...

Universiti Pembuli Nasional Malaya
Quote sarah82 1-8-2019 08:55 PM
mizzmimi replied at 1-8-2019 08:52 PM
Bullseye..! Dah berapa ramai meninggal sebenarnya. Sorok bawah karpet. Betulkan dulu sistem tu tak ...

Sebenarnya rasanya ada 2-3 kematian melibatkan buli.. Tapi kes arwah farhan paling dasyat.. Dulu follow wira damai.. Dia byk citer ttg kes uni pertahanan dan byk kes melibat Zulkifli ni... Antara kes yg buat Zulkifli kena tukar dari kem Mersing ke Kementah adalah pembelian kenderaan pelbagai guna utk GGK yg buatkan Sultan Johor marah.. Tak pasti la wira damai kalau x salah sy nama acc fb tu wujud lagi ka tak.
Quote sarah82 1-8-2019 08:58 PM
Alasan mengatakan kena ada kes buli sbb uni pertahanan adalah bullshit la..tentera sendiri ada tahap latihannya.. Kursus asas kat PD pun tak ada subjek IRON wap yaaaaa... Kursus asas komando pun tak melampau tahap jebon..

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.108391 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top