CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Memo Kilang Plastik Melarang Pekerja Dari Bersolat

1-8-2019 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6399| Komen: 34

Sebuah memo dari sebuah kilang memaparkan larangan pekerja Islam menunaikan solat ketika bekerja menjadi tular baru-baru ini.

Menerusi memo yang bertarikh 30 Julai itu, turut menunjukkan pekerja yang berbuat demikian akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan. 


Pun begitu, Kosmo! melaporkan kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar, Klang itu menafikan larangan tersebut. 

Kredit foto: Kosmo!

Difahamkan, penafian itu dilakukan selepas pihak syarikat itu dihubungi oleh wakil pejabat ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. 

"Sebaik memo itu tersebar di media sosial, wakil saya telah menghubungi syarikat itu dan dimaklumkan ianya tidak benar.


"Saya berjanji tidak akan mendiamkan diri sekiranya perkara ini terjadi kerana menafikan hak umat Islam di negara ini," ujar Mohd Fakhrulrazi menerusi satu kenyataan. 

Mohd Fakhrulrazi turut meminta syarikat terbabit melaporkan kepada pihak polis jika penularan memo tersebut merupakan satu sabotaj. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 1-8-2019 03:14 PM


kalau rezeki nak berkat, waktu kerja yg digunakan untuk sembahyang mesti diganti atau tolak gaji, betul tak?
Quote matchstick 1-8-2019 03:16 PM
Dia bg sembahyang time lunch our.. Bukan xbg langsung. Kalau lunch hour sejam pukul 1-2 smpt sgt nk solat. Solat asar boleh buat lps habis waktu kerja. Tp kalau ada yg kerja shift petang ke malam x patutlah
Quote helicornia 1-8-2019 03:30 PM
larangan solat bukan time lunch tu betul la.mmg zuhur waktu lunch kan.

yang tak betul tu denda tu la.mana bole majikan buat hukuman denda mcm tu
Quote buapakperut 1-8-2019 03:56 PM
macam kenal kilng plastik kat meru
Quote munchkin 1-8-2019 04:01 PM
Kemain twist. Kan tulis situ except lunch time.
Quote awanysss 1-8-2019 04:03 PM
helicornia replied at 1-8-2019 03:30 PM
larangan solat bukan time lunch tu betul la.mmg zuhur waktu lunch kan.

yang tak betul tu denda tu ...

kan. byk je office buat rules mcm tu.

cuma jgn la strict sgt smpai nak potong rm500 tu..
Quote pokaibanktokyo 1-8-2019 04:11 PM
Dah bugis tak ada bagi kerja kat bugis
Quote pokaibanktokyo 1-8-2019 04:12 PM
Asdan replied at 1-8-2019 07:14 AM
kalau rezeki nak berkat, waktu kerja yg digunakan untuk sembahyang mesti diganti atau tolak gaji ...

Kilang murahan
Quote Miss.H 1-8-2019 04:20 PM
Aku dulu kerja retail. Bila hr keluarkan memo nk suruh punch in out pergi solat, kami sebagai staff follow je. Tapi jangan harap la nak balik kerja lambat. Lepas je ganti hour solat tu terus punch balik. On time. Kalau sebelum ni kerja 2-3 jam free tak berkira. Tapi bila company start berkira , kami sebagai pekerja pun wajar berkira.
Quote Maideen. 1-8-2019 04:26 PM
Rasanya elok di siasat dahulu dakwaan yang di lemparkan kepada syarikat ini.....

Quote gaara_X 1-8-2019 04:33 PM
yang dia tak nak....bagi waktu solat....sempat lagi berasap....tu yg dia tak nak tu....
Quote seller6183 1-8-2019 04:42 PM
awanysss replied at 1-8-2019 04:03 PM
kan. byk je office buat rules mcm tu.

cuma jgn la strict sgt smpai nak potong rm500 tu..

ni mesti ada kes yang ngular ni. kalau tak, takkan company sampai nak keluar memo mcm ni.
Quote awanysss 1-8-2019 04:46 PM
seller6183 replied at 1-8-2019 04:42 PM
ni mesti ada kes yang ngular ni. kalau tak, takkan company sampai nak keluar memo mcm ni.

ye la kot. kalau solat 30 minit mesti boss marah.
Quote Boomibulat 1-8-2019 04:59 PM
awanysss replied at 1-8-2019 04:46 PM
ye la kot. kalau solat 30 minit mesti boss marah.

I Pnh msk lewat sikit lps solat jemaat..bos tanya 'lu doa bnyk panjang kaaaa?'
Quote Boomibulat 1-8-2019 05:01 PM
Maideen. replied at 1-8-2019 04:26 PM
Rasanya elok di siasat dahulu dakwaan yang di lemparkan kepada syarikat ini.....

Sesungguhnya solat itu lebih besar ganjarannya dari duit 500..wallahua'lam
Quote umbut 1-8-2019 05:06 PM
Solat ler waktu lunch...
Quote lkick2113 1-8-2019 05:21 PM
Maideen. replied at 1-8-2019 04:26 PM
Rasanya elok di siasat dahulu dakwaan yang di lemparkan kepada syarikat ini.....

Nak buat solat dhuha macamana? Tak buat kalu tak berkat rezeki, macamana pandangan maideen selaku penceramah bebas
Quote orgsepang 1-8-2019 05:48 PM
Yang merosakkan pandangan orang bukan islam ni segelintir orang islam sendiri. Dulu company tempat akak kerja bagi lelaki rehat dari jam 12.3 0 sampai 2.30 untuk solat jumaat tapi ramai yang tak pergi masjid pun. Pekerja lain mengadu tak puas hati. Sudahnya sapa yang rehat sampai dua jam kena balik lewat satu jam. Samarata semua rehat satu jam saja.
Quote lazim 1-8-2019 05:51 PM
Kadang2 org islam ni suka play victim.

Mcm kami lunch pkl 12 nk solat blh waktu kj sbb mgt xnk ubah waktu lunch. Hari jumaat lunch pkl 1 jadi semua blh gi jumaat xde masalah.

Tapi yg peliknya hr jumaat srg akak ni ttp solat zhr lps waktu lunch. Xreti ke nk phm dh ada ruang solat waktu lunch knp nk pki waktu kj.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.535987 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top