CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disamun Konon, Remaja Didenda RM1,500 Buat Laporan Palsu

1-8-2019 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2491| Komen: 13

Remaja berusia 19 tahun didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan kononnya disamun.


Gambar Hiasan


Memetik Utusan, remaja terbabit bertindak demikian kerana bimbang dimarahi ibu selepas beg sandangnya hilang ketika minum di sebuah kedai makan.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Abraz Mohamed Akram, 19, didakwa memberi maklumat palsu kepada Lans Koperal Norhasliza Abdul Jalil di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh pada pukul 7.55 pagi 14 Julai lalu.

Dalam laporannya, tertuduh mendakwa beg silangnya disamun ketika berada di persimpangan lampu isyarat Kuala Kangsar-Chemor.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Foto: Utusan


Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang awam.

Terdahulu, Muhamad Abraz merayu mahkamah mengenakan hukuman denda yang ringan memandangkan keluarganya susah selain ibunya terpaksa meminjam wang bagi membayar denda berkenaan.

Majistret Norhabsarina Ayob kemudian memutuskan tertuduh dikenakan denda RM1,500.

Bagaimanapun, tertuduh akan dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-8-2019 12:43 PM
Oh sayang..
Jangan buat laporan palsu sayang..
Semoga dapat tidur beralaskan lengan awak..
Quote Pink_Purple 1-8-2019 12:46 PM
cerdik sangat, padan muka
Quote Buritan 1-8-2019 12:52 PM
Kurex replied at 1-8-2019 12:43 PM
Oh sayang..
Jangan buat laporan palsu sayang..
Semoga dapat tidur beralaskan lengan awak..

Laporan yg berlmbk lmbk cam rumah kena rompak ape semua tuu settle ke tak eh
Quote Boomibulat 1-8-2019 01:11 PM
Mest kes nk buat ic free ni
Quote prettyrara 1-8-2019 01:31 PM
Aduhai dik, kan bagus kena marah dgn mak. Tak lah melayang rm1500. Ke mak kau garang mcm singa sampai sanggup kau sanggup buat laporan pelesu?
Quote mieymiey 1-8-2019 02:39 PM
Sanggup ko menipu takmo marah marah. Sekarang berganda-ganda la mak ko marah bila dia yang kena bayar denda.
Quote buapakperut 1-8-2019 02:52 PM
hukum dia kena rompak dan kena cabul oleh kurex
Quote leylapple 1-8-2019 03:12 PM
19 tahun masih mak bagi beg bagi duit?

my goodness...

Quote Artemesiaa 1-8-2019 03:37 PM
Penipuan tak boleh ditutup dengan satu lagi penipuan bakal kantoi juga akhirnya
Quote Xim 2-8-2019 12:33 PM
ni anak mak tahap maksima ni . tp x tau la kot2 ade simpan barang mak dia dlm tu ke kan . adoi . x tau la nk gelak ke nk ketawa
Quote ikanmasin 4-8-2019 01:07 PM
mencari penyakit sendiri kan bgs kene marah mak jer.
ni lg melayang duit sapa tkg bayar tu..ttp mak juga..alahaiii
Quote zwaty 5-8-2019 08:18 AM
sian pulak
Quote Itzy 20-8-2019 07:12 PM
Buritan: Laporan yg berlmbk lmbk cam rumah kena rompak ape semua tuu settle ke tak eh

Settle la kot bila polis masuk berita dlm tv or newspaper dapat tangkap geng2 perompak pecah rumah. Dulu rumah parent aku kena rompak gak sampai sekarang takde maklumat. Hilang camtu je. Nasib tv dengan pampers je kena pau.  

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071666 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top