CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gara-Gara Gangguan Teknikal, Vlogger Terkenal Ini Kantoi Umur 58 Tahun Dan Berwajah Tua

1-8-2019 02:31 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13278| Komen: 82|Original author: Oleh: intan

Kantoi! Rahsia seorang vlogger yang boleh dikatakan sangat terkenal di China akhirnya diketahui selepas siaran langsung bersama peminat beliau mengalami gangguan teknikal ketika bersiaran langsung.

Vlogger tersebut yang sebelum ini sering menggunakan aplikasi 'filter' itu rupanya-rupanya seorang wanita yang sudah berusia 58 tahun. Dikenali sebagai Your Highness Qiao Biluo, beliau menggunakan 'filter' tersebut untuk tampil lebih muda daripada usia sebenar.

Pendedahan penipuan tersebut berlaku ketika Qiao Biluo disaksikan ribuan peminat yang menantikan beliau untuk bersiaran langsung di laman platform Douyu di China.


Beliau yang dikatakan mempunyai rupa paras menarik itu akhirnya kantoi apabila telah dikesan menggunakan 'filter' video untuk mendapatkan sumbangan. 


Namun, penggunaan 'filter' tidaklah begitu asing dalam kebanyakan vlogger di China namun ramai yang tidak menyangka  Your Highness Qiao Biluo sangat 'berbeza' daripada realiti sebenar. Malah, peminat Douyu juga tidak menyangka bahawa umur sebenar vlogger tersebut sudah pun mencecah 58 tahun!


Sebelum ini, ramai yang telah meminta untuk beliau menunjukkan wajah sebenar namun enggan untuk melakukan pendedahan sebenar dan berjanji akan menunjukkan rupanya yang sebenar setelah menerima sumbangan yang mencukupi.

"Saya tak boleh tunjuk wajah saya sebelum terima hadiah sumbangan yang mencukupi iaitu sebanyak 100,000 yuan (RM 60,000). Lagipula saya memang seorang hos yang cantik," ujarnya kepada peminat sebelum gangguan teknikal itu berlaku.

Ketika sedang 'live' di Douyu, 'filter' yang sedang digunakan vlogger tersebut tiba-tiba sahaja mengalami masalah sekaligus mendedahkan wajahnya yang sebenar. Pendedahan tersebut menunjukkan wanita itu lebih gempal dan tua. 


Sejurus selepas aksi itu dipaparkan, ramai peminat yang mempunyai akses VIP mula meninggalkan platform tersebut malah ada yang membatalkan sumbangan mereka. Qiao yang kemudiannya baru menyedari dirinya telah tertangkap kemudian segera  menghentikan siarannya. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MakcikKerepek 1-8-2019 02:42 PM
{:scare{:scare{:scare
Quote Lalalili66778 1-8-2019 02:43 PM
Tak cantik tak apa asalkan bermaruah
Quote noraidil_06 1-8-2019 02:45 PM
Hahahahahhaha kantoi
Quote -Suri- 1-8-2019 02:48 PM
Hahahahaha
Quote buapakperut 1-8-2019 02:54 PM
terrernya filter tu
Quote berakit2kehulu 1-8-2019 03:11 PM
Hebatnya filter ni..baru tau ada filter macam ni
Quote kechikchomel 1-8-2019 03:11 PM
erkkkk....
jauhnya beza
Quote Kurex 1-8-2019 03:11 PM
Ada tak video tu?
Quote Foxey 1-8-2019 03:20 PM
Uihh... Kalau tengok gambar tu, jauh panggang dari api bezanya. Tu la, menipu lagi. Kan dah kantoi, malu je
Quote uori 1-8-2019 03:24 PM
omg
Quote weezerfan 1-8-2019 03:25 PM
Edited by weezerfan at 1-8-2019 03:28 PM

Yg kanan gemuk tu diri dia sebenar rupanya. Kompius aku
Quote zulka 1-8-2019 03:28 PM
face filter ni boleh tukarkan rupa lelaki jadi pompuan..bahaya
Quote uori 1-8-2019 03:28 PM
Edited by uori at 1-8-2019 03:30 PM

[youtube]-EwP8xRyC6Q[/youtube]

ada tak? aku tak reti nak tempek video.
sebelah tu bukan muka dia, kan?
dorang macam sembang sesama.
cuma dia ada tempek muka anime tu untuk tutup muka dia,
tibah muka anime tu hilang.


Quote Lorra2411 1-8-2019 03:38 PM
makin canggih, perghhh
Quote fliphair8 1-8-2019 03:38 PM
hahahahahahaahahahahhahaahahahahahaahaah, marhaen jua
Quote goss79 1-8-2019 03:47 PM
agak2 lah filter pun hahaha... ni mmg kantoi gila2
Quote milanhawkin 1-8-2019 03:55 PM
x faham... so rupa yg dia tipu tu yg mana? xde nampak yg baju sama pun...?
Quote Kurex 1-8-2019 03:57 PM
uori replied at 1-8-2019 03:28 PM
ada tak? aku tak reti nak tempek video.
sebelah tu bukan muka dia, kan?
dorang macam sembang ...

Terimakasih.. Ingatkan muka dia dari cantik, tetiba jadi yg asal.. Rupanyabsekadar civer dgn anime je la
Quote kualibesi 1-8-2019 04:03 PM
hahaha, kesiann follower beliau

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.074638 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top