Bintang filem KL Gangster, Sofi Jikan yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat' bakal menjalani hukuman penjara 12 bulan di atas kesalahan menggunakan ganja tahun lalu.
Foto: NST Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu terhadap Mohamad Shoffi Jikan, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. "Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi. Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan. Sofi juga diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun," katanya seperti dipetik dari Berita Harian.
Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam pada 6 Februari tahun lalu. Bagi kesalahan itu, pelakon berkenaan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI |
Kurex replied at 1-8-2019 12:09 PM
Takdelah nampak dia lagi dekat masjid ni. Tapi doa selalu datang solah jumaat. Nampak la muka dia ma ...
giyomi replied at 1-8-2019 05:55 PM
time jumpa tu tak msk jarum kew, kot2 dpt sengat bila baring atas ribanya
ADVERTISEMENT