CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jalan Keadilan Semakin Terang.." Kes Bunuh Zulfarhan, 18 Penuntut Dipanggil Untuk Bela Diri, Seorang Bebas

31-7-2019 11:38 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 54733| Komen: 352|Original author: Oleh: intan

Susulan daripada perbicaraan kes bunuh seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kadet Laut Zulfarhan Osman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah mengarahkan 18 tertuduh untuk membela diri manakala seorang lagi dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk bela diri.


Hakim Datuk Azman Abdullah tampil membuat keputusan tersebut apabila pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan tersebut, seperti dilaporkan Sinar Harian. 

"Penilaian maksimum telah dilakukan apabila pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie ke atas kes yang diutarakan. Kesemua tertuduh diminta untuk tampil membela diri"

Enam tertuduh utama dalam kes tersebut adalah Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem Mohd Ali telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri daripada pertuduhan membunuh serta bersubahat untuk membunuh ZUlfarhan Osman di penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan dan 5.45 pagi pada Mei 2017 yang lalu.

Selain itu, 12 lagi tertuduh turut diarah membela diri atas pertuduhan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya bagi mengaku mencuri komputer riba. 

Dalam pada itu, Sinar Harian turut melaporkan 'rahmat' bagi Muhammad Akmal Akif Alias, apabila dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.- CARI 
5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • dreamy_forest

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 31-7-2019 11:41 AM
Moh CSI kot2 ade kabel besar ke hape.  Ayoh warge CARI!
Quote ~boolean 31-7-2019 11:44 AM
cantik gigi semua OKT
Quote mama_nutty 31-7-2019 11:53 AM
apsal bebas eh
Quote sarah82 31-7-2019 11:54 AM
Hari ni kan kes depa? Dan hari juga kes kj serdang kan?
Quote bawangkecik 31-7-2019 11:54 AM
tumpanglalu74 replied at 31-7-2019 11:41 AM
Moh CSI kot2 ade kabel besar ke hape.  Ayoh warge CARI!

yang bebas tu akmal akif

akmal akif ni yang tolong aiman aufa pass surat layang kepada orang atasan tapi KANTOI dengan OKT.

lagipula dia takdak masa zulfarhan kena pukul. dia dipanggil untuk perbicaraan sebab nama dia hampir sama dengan akmal zuhairi
Quote Madel 31-7-2019 11:55 AM
Oh..baru nak panggil bela diri eh
Aku ingat ari ni dah jatuh hukum.
Panjang lagi la kes ni nampaknya.
Quote mizruncing 31-7-2019 11:56 AM
tumpanglalu74 replied at 31-7-2019 11:41 AM
Moh CSI kot2 ade kabel besar ke hape.  Ayoh warge CARI!

rajin2 baca thread arwah zulfarhan u. meols rasa akmal akif ni org yg selamatkan arwah siap bg makan n sapu ubat sume dgn dek aufa aiman. tp tak tau knp nama dia terpalit dlm kes ni sedangkan dia takde pn mase kejadian buli arwah tu. alhamdulilah dia lps. meols pn nk beklog balik thread tu semoga ada keadilan buat arwah
Quote mizruncing 31-7-2019 11:57 AM
Madel replied at 31-7-2019 11:55 AM
Oh..baru nak panggil bela diri eh
Aku ingat ari ni dah jatuh hukum.
Panjang lagi la kes ni nampakn ...

yes u. ade forumer ckp ari tu. mybe lama lg nk jatuh hukum sume
Quote jalfa 31-7-2019 11:57 AM
Budak yg bebas tu kenapa?kesian pulak dah bebas kena kecam gak....mahkamah bebas makna dia x bersalah lah kan
Quote Madel 31-7-2019 12:17 PM
mizruncing replied at 31-7-2019 03:57 AM
yes u. ade forumer ckp ari tu. mybe lama lg nk jatuh hukum sume

18 OKT tu..
Entah bila zaman la nak abis proses nya
Huhu.
Bertabah la buat kedua2 ibu ayah arwah.
Quote Kurex 31-7-2019 12:25 PM
Manis semua senyuman okt.. Tu je la. Nak berharap kang, aku pulak yg kena
Quote Noraniza_Iblis 31-7-2019 12:31 PM
Madel replied at 31-7-2019 11:55 AM
Oh..baru nak panggil bela diri eh
Aku ingat ari ni dah jatuh hukum.
Panjang lagi la kes ni nampakn ...

ye..tp kebiasannye bila dh dipanggil bela diri..
secara tk lgsung.. mmg dh confirm akn jatuh seksyen 302,
bila OKT gagal bela diri..
Quote cupu 31-7-2019 12:39 PM
Sayangnya kamu dik..byk hati hancur kerana kamu semua xguna akal..ibubapa dan keluarga arwah..ibu bapa dan keluarga kamu...
Quote zaziot 31-7-2019 12:40 PM
kesian kat makbapak 18 org tu...x memasal kena bakrupt sbb nk selamatkan anak

syukur for zulfarhan and family
Quote mizruncing 31-7-2019 12:47 PM
Madel replied at 31-7-2019 12:17 PM
18 OKT tu..
Entah bila zaman la nak abis proses nya
Huhu.

tu laa mmg lame lg. tp takpelaa asalkan dorg dh kena utk bela diri. mendapat la fmly masing2. syg anak tak brtempat sgt kann. kesian kt fmly arwah. takde rasa brsalah or nk mntk maaf lgsg kt fmly arwah. yakin sgt anak2 tak brsalah n sebol2h nk kata arwah punca sume ni. now hakim dh suruh bela diri nk ckp ape lg. hrp laa lawyer dorg ni tarik diri
Quote Pink_Purple 31-7-2019 12:49 PM
semoga dapat balasan setimpal..
Quote Annehamid 31-7-2019 12:51 PM
Akmal akiff tu mmg meol harap dia lepas . Alhamdulillah sbb dia menolong sama dgn aiman aufa tu. Kesian dia kena charge haritu.
Quote Annehamid 31-7-2019 12:52 PM
mizruncing replied at 31-7-2019 11:56 AM
rajin2 baca thread arwah zulfarhan u. meols rasa akmal akif ni org yg selamatkan arwah siap bg mak ...

Yup. Igt lg time reman aiman tu kena kecam dkt court baru tahu dia yg selitkan surat
Quote nipskacang 31-7-2019 12:53 PM
Semoga keadilan berpihak kpd yg benar,  ko gali lubang kubur ko sdri dek  ikut kan lagi akal ko yg cetek tu

Lihat semua komen(352)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.100681 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top