CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bumiputera Tiada Kualiti, Bukan Sektor Swasta Tutup Peluang

2-10-2013 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14682| Komen: 287

Description: Lim Berkata, Sektor Swasta Bukan Tidak Memberi Peluang Kepada Bumiputera, Tetapi Faktor Seperti Kemampuan Pekerja Dan Kualiti Yang Akan Dihasilkan Sering Tidak Dapat Memenuhi Kehendak Majikan.

Kualiti adalah punca kebanyakan Bumiputera tidak banyak berada dalam sektor swasta, kata penganalisis ekonomi, serta menegaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) bahawa Bumiputera tidak diberi peluang adalah menyimpang.


Penganalisis ekonomi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Putrajaya sewajarnya menumpukan kepada aspek meningkatkan kualiti Bumiputera dan membuang sikap kebergantungan kepada bantuan kerajaan semata-mata.

"Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya Bumiputera, di manakah hasilnya?

"Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?" kata Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui.

Lim berkata, sektor swasta bukan tidak memberi peluang kepada Bumiputera, tetapi faktor seperti kemampuan pekerja dan kualiti yang akan dihasilkan sering tidak dapat memenuhi kehendak majikan.

"Saya lihat mereka yang banyak mengganggur ini, salah satu sebabnya adalah mereka tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti," katanya.

Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata sektor swasta mementingkan meritokrasi bukan menutup peluang kepada Bumiputera seperti yang dikatakan oleh menteri tersebut.

"Sektor swasta lebih fokus kepada meritokrasi, ini adalah kebiasaan yang berlaku.

"persoalannya di sini bukan menutup peluang tetapi adakah wujudnya diskriminasi," kata Yeah yang tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan sektor swasta menutup peluang.

Yeah berkata, Putrajaya perlu mengambil langkah yang lebih proaktif terutama dengan memastikan keseimbangan kaum dalam sektor perkhidmatan terlebih dahulu sebelum menyalahkan sektor swasta sebagai punca Bumiputera masih ketinggalan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.

"Kerajaan perlu lebih prihatin dalam menawarkan peluang bagi sektor perkhidmatan supaya ia lebih menarik.

"perlu wujudkan kepelbagaian etnik dalam tenaga kerjanya, apabila ia wujud barulah ia dapat memberi hasil terbaik kepada negara, bukan hanya kepada Bumiputera," katanya.

Sehingga Mei 2013, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mendedahkan jumlah penjawat awam yang majoritinya Bumiputera adalah seramai 1.42 juta orang.

Dalam wawancara bersama akhbar The Edge yang disiarkan pada Isnin, Abdul Wahid mempertahankan agenda memperkasakan Bumiputera dengan menyalahkan pihak swasta dan mengatakan ramai pihak tersalah tafsir terhadap program pemerkasaan Bumiputera itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pelan pemerkasaan ekonomi Bumiputera, baru-baru ini. Gambar fail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pelan pemerkasaan ekonomi Bumiputera, baru-baru ini. Gambar fail.

Abdul Wahid juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpatah balik daripada Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkannya pada 2010.

"Apa yang saya cuba katakan ialah wujud banyak peluang dalam sektor swasta tetapi malangnya banyak ahli perniagaan Bumiputera dan profesional merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dalam sektor swasta. Sebagai contoh, hanya sebilangan kecil Bumiputera di peringkat pengurusan atasan," katanya.

Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking (Maybank) Berhad itu, program pemerkasaan Bumiputera bertujuan memberikan peluang yang seimbang meliputi semua jenis perniagaan.

"Ini bagi memastikan Bumiputera mendapat peluang yang adil," katanya.

Baru-baru ini Najib melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang  menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat,  mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap  golongan Bumiputera.

Namun, pakar ekonomi terkenal Prof Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff menegaskan bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu. – 2 Oktober, 2013.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 2-10-2013 07:21 AM
setuju, bumi ni layak kojo gomen jah
Quote ais_kosong 2-10-2013 07:41 AM
setuju gak..
hat keja gomen mengangkang ja lebih!!
ingat opis bapak depa
Quote sahamboi 2-10-2013 07:42 AM
Tapi aku rasa memang betul pun... tengok jela bank2 bumi spt muamalat, mereka hidup disebabkan pertolongan gomen jer... kalau takde gomen yang tolong bagi bisnes pd mereka dah lama padam...
Quote DeMax 2-10-2013 07:55 AM
AHMADVW posted on 2-10-2013 07:21 AM
setuju, bumi ni layak kojo gomen jah

'Bumi' tu pun ramai yg celup Jawa, mamak, suluk etc
Quote d'zeck 2-10-2013 07:57 AM
AHMADVW posted on 2-10-2013 07:21 AM
setuju, bumi ni layak kojo gomen jah

setuju tu pek

cina pulak layak buka
pusat pelacuran dengan
tempat judi je

Quote d'zeck 2-10-2013 07:58 AM
DeMax posted on 2-10-2013 07:55 AM
'Bumi' tu pun ramai yg celup Jawa, mamak, suluk etc

bukan bumi
majoritinya cina je

Quote DeMax 2-10-2013 08:03 AM
d'zeck posted on 2-10-2013 07:58 AM
bukan bumi
majoritinya cina je

Sekoq lagi Syiah Jawa baru lepas makan vavi...endless possibilities
Quote Innrukia 2-10-2013 08:08 AM
aku & adik bradik aku berkualiti rupanya
Quote Sagoo 2-10-2013 08:12 AM
gaji cina lebih dari bumi kt sektor swasta mcm mana plak pandangan dia?
klayakkan same level, atas dasar apa dia bezakan gaji? sebab kulit deme cerah sket dr bumi ka?
Quote fida75 2-10-2013 08:17 AM
syukur... berkualiti rupenye aku nie...

kampeni tmpt aku keje nie lebih sanggup ambik pekerja dari yindia, yindo, sulu utk keje dgn dorg... sbb dorg lebih kemetot heheee komited (boss aku ckp la...) tp yg aku nampak dorg nie ckp je pandai... wat keje suka taichi jugak... sama je la mana2 pn yg penting diri sendiri...
Quote Anakdesa 2-10-2013 08:27 AM
Kat tempat aku ni... kilang2 eletronik 90% pekerja Indon.... Ribu riban jumlahnya.... Reason sbb gaji bole bayar murah le... Pastu boleh buat kerja overtime tak kira masa... Siap ada asrama Indon lagi... Prrrrgh...
Quote seb_baik 2-10-2013 08:27 AM
walaupun perit aku tetap nk setuju. kat ofis aku (swasta) 5:1 . mmg sedih dan risau tgk. tp klu korang tgk bila ada interview ke apa. walaupun pggl 10 melayu 2 je non-bumi yg melayu semuanya layu2 je. langsung xoutstanding. yg non-bumi 2 tu jauh memenuhi kriteria. serba slh walaupun dh dinasihatkan klu boleh amek bumi. xreti la nk kata

Quote MissNigga 2-10-2013 08:29 AM
kat sykt iols nie, bahagian commercial ... daripada ~80 staff... cuma ada 5 org jer yang bumi termasuk iols... yang lain tu sumanya cha ya nun alip ...
Quote Eric.n9 2-10-2013 08:38 AM
Tak berapa suka kenyataan Dr. Michael tu tapi huhuhu tapi itu mmg realitinya.
Bebudak kita ni, susah nak survive enviroment kerja swasta ni.
Mentaliti suma nak keja dok dalam opis, dalam aircond, mengadap pc/tablet main FB.
Kul 10am dah sibuk nak kuar minum teh. Break smpi 1jam lak tu. Sudahnya kul 11 baru betul betul buat kerja.
Kononnya dont work hard, but work smart. Dah last minit baru nak sibuk sibuk buat kerja.
Suh buat presentation, mengigil gigil. no preparation at all. bila bercakap langsung takde confident.
Smpi HR cakap dari buang masa amik bebudak gini smpi 4 org, baik hire satu budak cina, yang boleh buat kerja 4 orang tu................zzzzzzzzzzzz
Quote krustykrab 2-10-2013 08:50 AM
tapi kat opis aku ni, baik cina ka melayu ka india ka.....ada gak yg tak berkualiti...
Quote sriwanis 2-10-2013 08:54 AM
Kebanyakkan org gomen mmg sungguh selesa kekdahnya...risiko nk kena buang keje x tinggi cam swasta..feel good sgt...x mcm swasta yg sentiasa bersaing tuk performance n risiko kena buang keje yg tinggi...tp bese la  ada yg kate rezeki masing2...dengki ngan gomen...terpulang la...
Quote yokoono 2-10-2013 09:04 AM
kt opis aku pun ramai je cina yg xberkualiti... pape pun bkn bergantung pada kaum tapi pada sikap diri tu sendiri. Department aku ni..aku sorg je la bumi...yg lain cha ya nun alip tu...tp last year aku la yg dpt 'Best employee award' and aku dpt bonus plg tinggi antara yg lain. Bos department aku ni dia cina indon so dia sgt transparent... dia evaluate based on hasil keje...bkn warna kulit.

Even aku dpt 'best empolyee' for last year pun...aku ttp sedih coz aku masuk company ni as officer even aku ade degree sdgkan kaum dorang yg masuk fresh grade pun plg cikai jadi junior exec. And gaji junior exec lg tinggi dari gaji aku yg da ade experience 5thn kje kt tmpt lain sebelum masuk sini...tpi work load aku lbh byk dri org

Kdg2 siap kena tlg dorang2 yg lain tu buat keje dorang....
Quote biskutsusu 2-10-2013 09:14 AM
i pekerja swasta
dan walaupun tempat i kerja ni owned by chinese, tapi majoriti pekerja adalah melayu. reason being, kaum cha tanak gaji murah. orang melayu je yang tak kisah gaji banyak mana pun, asalkan ada kerja.
i ingat lagi principal i tu cakap dengan i lepas diorang terminate sorang librarian "uitm ada banyak grads library. ramai yang nak kerja" tu sebab dia bleh terminate employee sukati je.
Quote d'zeck 2-10-2013 09:17 AM
DeMax posted on 2-10-2013 08:03 AM
Sekoq lagi Syiah Jawa baru lepas makan vavi...endless possibilities

bukan bumi
maknanya terawang2 an

makhluk asing, imigran haram,
parasit, hamjad, pendatang tak diundang

pelbagai kemungkinan



Lihat semua komen(287)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.104188 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top