Seperti diketahui umum, Abby Abadi mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya bersama Norman Hakim sebelum mereka berpisah. Dua daripada mereka adalah anak gadis bernama Marissa Dania dan Maria Danisha.
Terbaru, timbul isu apabila Abby memuat naik gambar muka depan majalah Wanita yang menampilkannya dan Marissa sebagai model muka depan.
Seorang netizen telah menyelar Abby kerana kelihatan seperti pilih kasih dan hanya menayangkan anak sulungnya, Danish Hakim dan Marissa Dania. Manakala, anak bongsu, Maria Danisha disorok kerana rupanya yang 'tidak seberapa'. Abby kemudian melenting apabila indidvidu itu menuduhya berat sebelah. Dia menjelaskan bahawa Maria sememangnya seorang yang sangat pemalu dan susah untuk bergambar. Abby turut menekankan bahawa anak-anak itu adalah anugerah Allah dan semuanya cantik di matanya.
Memey Suhaiza turut tampil menyebelahi Abby dan mengatakan bahawa Maria memang tidak suka bergambar, jadi tidak perlu memfitnah.
Netizen lain termasuk rakan artis yang membaca entri ini turut meninggalkan komen positif dan memuji kedua-dua Marissa dan Maria sebagai cantik dan mereka masih muda, jadi tidak perlu risau tentang hal seperti ini.
Budak lagi sudah, dibanding-bandingkan. Banyak betul masa terluang netizen ya? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|