CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Nyaris Maut Lidah Tersepit Penutup Botol Air

26-7-2019 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5459| Komen: 17

Kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas lidahnya tersepit pada penutup botol air.



The Sun melaporkan, Riley Wooff, 6, dari Lancaster terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas lidahnya bertukar warna kehitaman dan membengkak dengan cepat.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan ibunya berada di dalam sebuah kereta.

Clare, 33, menyedari keadaannya anaknya itu apabila Riley yang duduk di bahagian belakang menjerit mengatakan lidahnya tersepit pada penutup botol dan memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa.



Wanita itu mula panik apabila usahanya menanggalkan penutup botol berkenaan gagal sebelum Riley merayu supaya ibunya menghubungi ambulans.


Clare kemudian bergegas ke unit kecemasan Lancaster Royal Infirmary, namun pasukan perubatan di sana juga gagal mengeluarkan penutup botol itu.

Selepas mendapati lidah mangsa semakin membengkak, doktor memutuskan kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.



Menurut Clare, ia pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya kerana doktor memaklumkan Riley mungkin tidak berjaya diselamatkan.

Kata doktor, Riley berisiko tinggi mengalami kesukaran bernafas apabila penutup botol itu dilepaskan. Jika bengkaknya semakin teruk, dia mungkin perlu menggunakan trakeostomi (tiub pernafasan).

Malah, Riley juga berdepan risiko terkena serangan jantung kerana apabila lidah dikeluarkan dari penutup botol, peredaran darah akan berlaku dengan cepat.

Bagaimanapun, pembedahan itu berjaya walaupun Riley dikatakan mengalami masalah pertuturan semantara.



Kredit foto: The Sun

Clare menasihati ibu bapa lain supaya tidak menggunakan botol air serupa sekiranya tidak memiliki ciri keselamatan dan menggesa syarikat pengeluar botol berkenaan, Sainsbury untuk menarik balik botol terbabit dari pasaran.

Sementara itu, jurucakap Sainsbury berkata, pihaknya sedang menyiasat kes terpencil itu dengan pembekalnya dan berharap Riley segera sembuh. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • stokin

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 26-7-2019 01:36 PM
mcm2x idea... huhuhuh masukkan tahu keluarkan tak boleh.. huhuhuhuhu
Quote Boomibulat 26-7-2019 02:19 PM
Takkan mcmni pn blh maut..?
Quote Orix 26-7-2019 02:31 PM
Mengada pegi sumbat lidah dalam lubang tu dh kenapa
Quote kucingitam 26-7-2019 02:33 PM
budak2 adventureous nya lain macam..
Quote nisako 26-7-2019 02:46 PM
dah lubang kecik cm tu mcm mana msuk lidah.... haiyo............
Quote cicicumel 26-7-2019 02:47 PM
mujur dia x sumbat penis dlm tu
Quote CiliPadiSedap 26-7-2019 02:53 PM
cicicumel replied at 26-7-2019 02:47 PM
mujur dia x sumbat penis dlm tu

itu kt malaysia aja sis, budak eropah umur 12 tahun dah pandai mengawan dah. mereka bagi alasan study group. parent mereka open syaratnya jangan hamil. biasa yang hamil ni jenis couple dengan drug addict, dengan pil kuda, dan mcm2 lg
Quote rospinki 26-7-2019 03:04 PM
takan korg tk pernah main tudung botol camni..sedut habis pastu melekat kt mulut..bila dicabut ada bekas merah bibr mcm angelina jolie
Quote whadda 26-7-2019 03:31 PM
haishh budak2.. ade je idea nak try
Quote Artemesiaa 26-7-2019 03:36 PM
Tak pasal2 syarikat pengeluar kena buat research disebabkan kes ni pada hal dah lama dalam pasaran elok je tak jadi apa
Quote imransulaiman 26-7-2019 04:00 PM
Orix: Mengada pegi sumbat lidah dalam lubang tu dh kenapa


Kan?! Lepas tu pepandai pulak emaknya suruh company tarik balik botol tu dari pasaran! Padahal anak dia yang bengap!

Level parents macam ni kalau kat Malaysia sama dengan parents yang suka serang guru dan sekolah konon nak back-up anak yang perangai setan!

{:thief {:thief {:thief
Quote natrahn 26-7-2019 06:06 PM
adoi..sakit lidah makcik tengok lidah ko tu nak oi..
Quote Foxey 26-7-2019 06:59 PM
Mak dia tak cakap camana leh terlekat? Budak tu minum dari botol camana sampai boleh terlekat lidah kalau tak sendiri yang buat kan?
Quote ikanmasin 26-7-2019 07:08 PM
nsb baik takde apa2 jd lg teruk..
Quote sally03tomato 26-7-2019 07:38 PM
cicicumel: mujur dia x sumbat penis dlm tu

kenapa komen sampai mcm tu kat budak2
Quote rhea85 27-7-2019 08:35 AM
Allahu pelik2 je {:smile
Quote Supersirap 31-7-2019 05:24 PM
nasib baik sempat diselamatkan, buat pengajaran kepada semua.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047958 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top