CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Powerbank Pening' - Hadiah Adik Genius!

29-7-2019 10:17 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5770| Komen: 15|Original author: Oleh: natrahn

Description: Hubungan adik beradik yang utuh dan akrab adalah amat menguntungkan. Susah senang, suka duka selalu dikongsi bersama. Selalunya kita sedaya upaya untuk memenuhi permintaan adik beradik kita kerana say ...

Hubungan adik beradik yang utuh dan akrab adalah amat menguntungkan. Susah senang dan suka duka selalu dikongsi bersama.


Selalunya, kita sedaya upaya memenuhi permintaan adik-beradik kerana kasih sayang kita pada mereka. Ini termasuklah membuat power bank sendiri. YA! Membuat power bank.


 

Sumber - Twitter Aaoisora

Seorang pengguna Twitter dari Johor, Mohamed Amir Hariz telah berkongsi cerita mengenai adiknya, Mohamed Arief Hariz Mohamed Azrin yang telah berjaya membuat sendiri sebuah power bank menerusi akaun Twitter beliau, Aaoisora [@Goodensora]. 


Beliau pada mulanya ingin memiliki sebuah power bank dan menyatakan hasratnya itu pada adiknya. 
 




Power bank itu boleh berfungsi seperti power bank lain.

Amir turut berkongsi video bagaimana powerbank  itu berfungsi.


 
Power Bank yang dinamakan Power Bank Pening itu turut dijadikan projek sekolah adiknya untuk subjek Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT).  

Menurut Amir lagi, power bank itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa dengan menambah lampu dan menukar kotak dengan alat lain yang lebih kukuh. 

Adiknya berusia 14 tahun itu merupakan pelajar tingkatan dua dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor. 

Perkongsian Mohamed Amir Hariz mendapat pujian netizen yang rata-ratanya turut kagum dengan kreativiti adiknya.
 


 

Mohamed Amir Hariz bersama adiknya Mohamad Arief
 
Setakat artikel ini ditulis, video ciptaan Mohamed Arief sudah mencapai 52,400 tontonan, manakala gambar dimuat naik pula mendapat lebih 11,100 ulang ciap dan 9,200 tanda suka. 

Teruja bila ada anak Melayu berbakat seperti adik ini! - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-7-2019 10:35 AM
Comel jugak budak ni..
Semoga budak ni buat badan berketak ketak semata2 utk aku..
Quote Boomibulat 29-7-2019 10:44 AM
Jgn meletup dah la dikk..
Quote goss79 29-7-2019 11:07 AM
genius adik ni. moga boleh dikembangkan lagi kebijaksanaan dia...
Quote VirusDetected 29-7-2019 11:21 AM
Quote yukisakura 29-7-2019 11:51 AM
Quote Chairman 29-7-2019 03:08 PM
mmg terbaik la dekk
Quote palmolive 29-7-2019 03:11 PM
mender buleh belajar kt youtube kan?
Quote belilies 29-7-2019 03:16 PM
Terhibur dgn keletah kurex yg obses ngan jejansss sedap and cilipadi yg suka selit vokuru dlm stiap komennya. On topic, kretip sgt budak ni. Semuga dpt hasilkan powerbank keluaran msi yg lebih durable, muroh dan ringan. Peniaga kat luar tu pun patut banyakkan lagi jual brg diy yg galakkan youngsters cipta alat camni. Sbb iols terasa susah bila nak cari panel fotovolta utk buat keta solar mainan.
Quote natrahn 29-7-2019 04:15 PM
belilies replied at 29-7-2019 03:16 PM
Terhibur dgn keletah kurex yg obses ngan jejansss sedap and cilipadi yg suka selit vokuru dlm stiap  ...

hihi..nakal2 ja dia komen kan.. panel tu ada jual online..
Quote Foxey 29-7-2019 05:34 PM
Kurex replied at 29-7-2019 10:35 AM
Comel jugak budak ni..
Semoga budak ni buat badan berketak ketak semata2 utk aku..

Sempat lagi tu
Quote awanearisu 29-7-2019 05:46 PM
Tahniah dik, usaha yang terbaik. Semoga bertambah daya inovasi sehingga berjaya.
Quote b_n_c 30-7-2019 01:02 AM
Kurex replied at 29-7-2019 10:35 AM
Comel jugak budak ni..
Semoga budak ni buat badan berketak ketak semata2 utk aku..

igtkan dah insaf, masih lah semoga lagi...hahahahahahaha
Quote b_n_c 30-7-2019 01:04 AM
awanearisu replied at 29-7-2019 05:46 PM
Tahniah dik, usaha yang terbaik. Semoga bertambah daya inovasi sehingga berjaya.

trauma jap aku baca perkataan 'semoga' skrg ni. @Kurex
Quote buapakperut 30-7-2019 02:37 PM
my student buat ni projek 4 tahun lepaih, ada hobby kit juai kat kedai jah.. tapi iols soh upgrade sikit guna solar
Quote natrahn 31-7-2019 08:25 AM
buapakperut replied at 30-7-2019 02:37 PM
my student buat ni projek 4 tahun lepaih, ada hobby kit juai kat kedai jah.. tapi iols soh upgrade s ...

owh bagus la ada jual... tq for the info..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.048547 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top