Sebaik-baik manusia ialah orang lambat marahnya dan cepat padam perasaan marahnya. Tekanan dapat membuat seseorang itu menjadi hilang kawalan dan menjadi marah.
Jika pasangan tidak bijak mengawal kemarahan, pastinya perkara yang lebih buruk akan berlaku. Tular video di lamanTwitter yang menunjukkan seorang wanita hilang kesabaran di atas pesawat American Airlines yang akan berlepas dari Miami, ke Los Angeles pada 22 Julai 2019 lalu.
Video itu dikongsikan oleh salah seorang penumpang, Julia Scorupco dan telah dilihat lebih 7 juta kali dan diulangkicau sebanyak 39,000 kali. Dalam insiden itu, seorang wanita tidak dikenali mula memarahi teman lelakinya kerana didapati telah memandang wanita lain. Akibat perselisihan faham itu, krew kabin meminta pasangan tersebut segera turun dari pesawat.
Memo, teman lelaki wanita itu bersetuju untuk turun dan teman wanitanya turut ikut serta tetapi masih tidak berhenti memaki hamun teman lelakinya. Pertengkaran mulut itu sampai ke kemuncaknya apabila teman wanita Memo mengeluarkan laptop dan terus menghempuk laptop tersebut ke kepala Memo.
Rata-rata penumpang dalam kapal terbang tersebut menjerit kemungkinan terkejut dengan tindakan wanita tersebut. Usai turun dari pesawat, wanita itu telah ditangkap pihak berkuasa. Akibat insiden itu, pesawat American Airlines telah lewat berlepas selama 2 jam. Menurut saksi, pasangan tersebut mula bergaduh di balai berlepas lagi dan ianya berterusan sehingga ke dalam pesawat. Tindakan pantas krew kabin American Airlines berjaya mengawal situasi tersebut. Namun salah seorang pramugari turut mengalami cedera ringan. Cemburu tanda sayang. Mungkin itu yang dizahirkan oleh wanita tersebut. - CARI
|
fushimi replied at 26-7-2019 05:01 PM
bodo dalam kapak terbang pun nak bergaduh
fushimi replied at 26-7-2019 05:01 PM
bodo dalam kapak terbang pun nak bergaduh
Boomibulat replied at 26-7-2019 05:25 PM
Kapak terbang...? ngerinya
ADVERTISEMENT