Dek kerana kecuaian, seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati selepas mangsa dibiarkan dalam kereta selama lebih kurang dua jam di Taman Sungai Raya dekat Langkawi Isnin lalu.
Kosmo! melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta yang diparkir depan rumah datuknya sekitar jam 4 petang. Menurut Ketua Polis Kedah, mangsa dipercayai tertidur ketika datuknya, 73 tahun menjemput kakak dan abang kepada kanak-kanak itu dari Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Ladang Sungai Raya. “Datuk serta kakak dan abang mangsa kemudian telah masuk ke dalam rumah dengan menganggap kanak-kanak itu telah keluar dari kereta,” kata Datuk Zainuddin Yaacob.
Ibu mangsa hanya menyedari kanak-kanak itu tiada di rumah dua jam sebelum dia mendapati mangsa sudah pun meninggal dunia di dalam kereta. “Laporan penuh bedah siasat mangsa belu diperoleh dan berdasarkan laporan awal, punca kematian mangsa berkemungkinan akibat strok haba,” kata Zainuddin. - CARI
|
prizadane replied at 25-7-2019 06:10 PM
Kes ni aku nak blame parents dia boleh? Bukan tanggungjawab atok dia nak jaga cucu. Penat la dulu ja ...
anarina replied at 25-7-2019 06:30 PM
Ofcourse sis , atok 73 tahun , i ni hari2 fetch anak dr sekolah akan ada different type of alarm, ...
ADVERTISEMENT