CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dulu Cikgu Pukul Saya, Sekarang Saya Belasah Cikgu"- Kisah Dendam Anak Murid

22-8-2019 10:41 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 7092| Komen: 28|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Rasanya semua orang ada pengalaman kena denda, rotan atau dimarahi cikgu ketika bersekolah. Selalunya, bila dah dewasa kita akan melupakannya. Sedar diri yang cikgu buat untuk kebaikan kita juga.
Rasanya semua orang ada pengalaman kena denda, rotan atau dimarahi cikgu ketika bersekolah. Selalunya, bila dah dewasa kita akan melupakannya. Sedar diri yang cikgu buat untuk kebaikan kita juga. 

Tetapi, apa jadi bila hukuman guru itu membuatkan kita trauma sampai berdendam? 


PUSH UP HUKUMAN PALING BIASA
FOTO: GOOGLE

Itulah yang berlaku di China, apabila seorang lelaki membelasah cikgu sekolahnya walaupun sudah 20 tahun meninggalkan bangku sekolah. 

Dilaporkan The Star, lelaki bernama Chang Renyao dari daerah Henan, China ini terlalu trauma dibelasah cikgunya sampai buat keputusan untuk membalas dendam! 


CHANG RENYAO DIPENJARA 18 BULAN
FOTO: THE STAR

Kejadian itu berlaku ketika Chang pulang ke kampungnya dan terserempak dengan cikgunya Zhang Qinglin. 

Perjumpaan itu menyebabkan Chang teringat dirinya dibelasah dahulu, jadi dia pun buat keputusan untuk membelasah Zhang yang sudah tua itu. 

"Ingat aku lagi tak? Ingat tak dulu kau belasah aku dengan teruk?" kata Chang. 

Sampai Zhang terpaksa merayu-rayu meminta maaf; "Aku belasah kau dulu, aku minta maaf."


CIKGU PERLU MENDIDIK, JANGAN MEMBULI
FOTO: GOOGLE

Kejadian itu dirakam orang ramai sehingga Chang membuat kenyataan di Internet, mengakui kesilapannya tetapi menjelaskan dia bertindak sedemikian sebab trauma. 

"Saya tahu salah belasah orang, tetapi saya ada sebab. Tidak salah untuk hukum pelajar, tetapi awak buli, perlekeh maruah, pijak dan tendang dia hanya kerana awak tahu keluarganya miskin dan tidak berpengaruh. Bukan hanya sekali," tulisnya. 

"Saya hanya berusia 13 tahun ketika itu. Saya tidak boleh balas, tetapi saya simpan dalam hati. Walaupun selepas saya menjadi seorang bapa, saya tidak boleh melupakan peristiwa itu.

"Kesakitan yang kau (Zhang) beri kepada saya seperti mimpi ngeri. Saya perlu dapatkan keadilan," tulis Chang lagi. 


PIAT TELINGA HUKUMAN BIASA
FOTO: GOOGLE

Chang ditangkap dan dihukum penjara 18 bulan. Dia meminta maaf kepada semua cikgu yang terasa dengan tindakannya itu, kecuali Cikgu  Zhang sebab dia memang layak dibelasah menurutnya. 


PERNAH KENA DENDA SAMPAI BERDENDAM?
FOTO: GOOGLE

Rupa-rupanya, itu bukanlah kali pertama Cikgu Zhang kena belasah dengan bekas pelajarnya. Sebelum ini juga pernah kena, sebab waktu dia muda, dia cikgu gangster yang suka membuli dan membelasah pelajarnya.

Setuju juga kan, walaupun hukuman cikgu itu mesti ada sebab, tapi berpada-padalah. 

Ada sesiapa yang masih ingat cikgu yang menghukumnya dulu tak? Cuba cerita sikit! - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 22-8-2019 10:45 AM
Adik2 jangan follow la ye seperti dia. Kerja keras jadi insan baik
Quote KIM.K 22-8-2019 10:45 AM
Adik2 jangan follow la ye seperti dia. Kerja keras jadi insan baik
Quote KIM.K 22-8-2019 10:45 AM
Adik2 jangan follow la ye seperti dia. Kerja keras jadi insan baik
Quote diggerr 22-8-2019 10:51 AM
Jangan ler ade yg ngikut. Haha
Quote cm_matjawasp 22-8-2019 11:12 AM
Masa aku sekolah dulu, cikgu penagih dadah jadi kau orang boleh bayangkan macam mana kalau dia naik angin?.Kuasa Allah, cikgu ni umur panjang ,sekarang dok merayap kutip tin kat pekan. Sampai la ni masih hisap dah dekat 50tahun.
Quote pokaibanktokyo 22-8-2019 11:51 AM
Balas je kalau tak kisah kena masuk lokap polis
Quote hatikudus 22-8-2019 12:02 PM
Dah kena belasah masa kecik pun tak jadi manusia...ooppps lupa..prc!
Quote sukacactus 22-8-2019 12:03 PM
Kena hukum, kena hukum lah
Janji puas ati, siap xmenyesal lg tu
Quote Kurex 22-8-2019 12:38 PM
Mentang2 la org tu miskin...
Quote Artemesiaa 22-8-2019 12:40 PM
Harap kat sini tak ada yang terikut perangainya tu
Quote R2D2 22-8-2019 12:52 PM
Trauma giler
Quote haryatie 22-8-2019 12:57 PM
lama betul dia berdendam
Quote raxief 22-8-2019 12:58 PM
rasanya dulu mcm ada drama cerekarama tv3 pasal anak murid dah jadi pegawai pendidikan tukarkan cikgu lama dia ke pedalaman.. balas dendam cara halus
Quote gadis_tulip 22-8-2019 12:59 PM
Aku kena denda dgn cikgu berdiri atas kerusi sebab salah budak lain masa darjah 2, tak de la nak p cari cikgu, balas dendam bagai. Malu mmg malu tapi hadap je la. Tahun 1993.
Quote harisbee 22-8-2019 01:11 PM
hukuman perlu tp harus bersebab dan berpada2....

lainla voter ph...meroyan2 marahkan cikgu bila cikgu cubit x buat keje sekolah...

bila anak fail dpt spm 9E meroyan2 salahkan cikgu...dasar voters ph babi
Quote vee_zara 22-8-2019 01:14 PM
Dulu masa i skolah, ada cikgu perempuan malukan i sebat i depan kelas kat bontot. Dulu pki baju kurung yg cotton tu. Punggung pulak baru nak up, mmg terserlah la bentuk punggung i depan student laki..  i mmg benci giler dgn cikgu tu smpai skrg i tak suke.. bukan apa.. sebab tak dapat lukis gambar jantung je pun. Aorta n vena cava. Tp dipukul mcm kite ni mengurat laki dia plak.

So skrg jd cikgu mmg i tak penah hukum n ckp kasar kat student i sbb i tahu perasaan dihukum sebat depan org ramai especially depan budak laki. I hate you cikgu!
Quote epuepy 22-8-2019 06:10 PM
Sian anak bapak masuk penjara. Pk2 la dulu sblm nk pukul org. Tp yela, kalo dh dendam.. Sbb tu org kata dendam ni bahaya..
Quote Foxey 23-8-2019 12:31 AM
Dendam kesumat yang sukar dilupakan dia nih
Quote videcloset 23-8-2019 10:19 AM
in a way, lesson learnt to the cikgu tu jugak. harap2 kalau anak dia pon jadi cikgu takde lah jd cikgu gangster mcm dia

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.061573 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top