Demi meraih populariti, ramai belia sekarang sanggup melakukan apa sahaja hatta nampak bodoh sekali pun. Kecoh di Twitter apabila seorang remaja menyahut cabaran mencuba makanan pelik. Itu masih tidak mengapa, namun apabila aksinya yang termuntah di hadapan kamera dalam masa sama membazirkan makanan mengundang kemarahan warganet. Antara yang dicuba ialah nabati diletakkan sos, nasi
bersama milo dan nuggert bersama susu cair. Lebih meloyakan apabila
remaja yang dikenali dengan nama Aqiel ini muntah ke dalam mangkuk
berisi nugget, kemudiannya mencuba sekali lagi menu muntah tersebut.
Hal ini membuatkan ramai warganet marah kerana perlakuan tidak senonoh tersebut dipertontonkan di media sosial hanya kerana mahukan perhatian. Apa lagi, ramai yang menyatakan supaya sikap bodoh tersebut jangan terlalu ditonjolkan sangat. Perlu beringat juga itu adalah makanan, jadi tidak wajar menjadikan makanan sebagai permainan. tak reti nak hormat rezeki yang diberi. Berhenti memperbodohkan diri." Cabaran makanan pelik ini adalah inspirasi dari Youtuber Amerika, Alonzo Lerone yang postnya mendapat sambutan hangat dari seluruh pelosok dunia. Bagaimanapun ianya pasti tidak sesuai untuk diadaptasikan dalam budaya dan nilai ketimuran orang Asia. Apatah lagi memuntahkannya di hadapan khalayak ramai sangat biadab sebenarnya. Setelah mendapat kecaman bertalu-talu, akhirnya Aqiel tampil meminta maaf atas kesilapannya. Dia juga berjanji untuk lebih berhati-hati di masa akan datang serta tidak lagi melakukan pembaziran dan kesalahan yang sama. Jadi, permohonan maaf sudah dibuat, kita harus memaafkannya. Tetapi bagaimana untuk memastikan generasi akan datang lebih berhemah serta tidak membuat cabaran yang bodoh ini? Mungkin kita perlu mulakan dengan menularkan perkara yang baik supaya golongan belia akan terikut-ikut nanti. - CARI |
umbut replied at 25-7-2019 11:35 AM
Aku suka tgk mukbang isaac osman.. ada info gitau harga rasa makanan dgn jujur. X sedap dia ckp x s ...
Kurex replied at 25-7-2019 11:27 AM
Sesungguhnya bodoh itu percuma
ADVERTISEMENT