Datin Seri Shahida yang juga isteri kepada Datuk Aliff Syukri telah menceritakan kisah cinta mereka suami isteri di Instagram. Kononnya percintaan mereka bermula daripada suami tapi ia dinafikan oleh Aliff sendiri.
Menurut Shahida, hubungan mereka bermula dari Aliff tetapi ia dinafikan oleh suaminya. Shahida menemui pula gambar mereka di dalam bilik Aliff ketika mereka masih berkawan. "Lelaki ni bila dah kahwin suka tak mengaku dia yang suka kat kita. Semuanya kitalah yang mengorat dia. Ni bukti @aliffsyukriterlajaklaris yang mengorat saya sebab saya nampak gambar ni dalam bilik dia waktu tu kita orang kawan-kawan je.
"Dah terbukti siapa yang mengorat siapa!! Jangan tak mengaku. Admire dalam diam nampak," tulisnya di instagram. Gambar itu menarik perhatian Aliff untuk meninggalkan komen. "Minta tolong delete jangan memalukan suami sendiri please please," tulis Aliff. Netizen hairan kenapa Aliff dan Shahida mempunyai wajah muka yang hampir sama. Mungkin sebab itu mereka ditakdirkan bersama. Malah terdapat peminat juga mendoakan kebahagiaan keluarga ini. Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat orang anak. - CARI |
miszclassique replied at 25-7-2019 11:22 AM
Astaga aliff syukri sis bukan aliff aziz
ADVERTISEMENT